Pak Ariffin tiba tepat seperti yang dijanjikan. Terus menuju ke KLIA. Hari ini Hanim tiada dan tempatnya digantikan oleh Amnan. Tiba di KLIA terus ke bilik dan menjalani latihan untuk persembahan pada pukul 2.00 petang nanti. Sejam sebelum persembahan, anak-anak angklung bersiap....ada yang menggosok tudung untuk kawan-kawan semua. Alangkah baiknya....Setelah bersiap shooting pun dimulakan. Sempat juga memainkan lagu Terukir di Bintang...hermmm, sumbang habis!
1.45 petang menuju ke pentas dan menyediakan alatan. Sempat juga merakkamkan gambar depan pentas. Jam 2.00 petang bergemalah lagu wajib kami. Satu demi satu lagu dimainkan.
Sebaik sahaja selesai, kami terus ke bilik persalinan kami untuk memulakan latihan untuk sesi kedua nanti. Latihan amat penting kala ini agar kesilapan tidak berulang. Jam 4.00 petang semua dah berkumpul depan pentas. Sempat juga bergambar depan kasut besar tu!
4.15 petang memulakan persembahan.
Selesai, kami menyalin pakaian dan menanti Pak Ariffin. Apalah.....beliau dah menanti depan pintu 8 rupanya. Ok kami chow dulu ya.
No comments:
Post a Comment