Sunday, 31 March 2019

Lawatan Santai

Sampai di Pulau Pinang hala tuju utama kami ialah Rumah P.Ramlee. Tujuan utama kami sampai di sini. Sempat lagi dan masih dibuka. aka kami memulakan sesi lawatan. Percuma tiada sebarang bayaran dikenakan hanya derma ikhlas sahaja ke dalam tabung yang disediakan dalam rumah tersebut.

  

  

  

Kemudian kami berpindah ke Padang Kota Lama. Konon nak lawat Fort Cornwallis dan Muzium Perang tapi rupanya masih dalam penyelenggaraan. So santai sahaja di padang dan bergambar di tepi pantai.

  

  

Tempat terakhir lawatan hari ini adalah Muzium 3D. Tersesat plak Uncle Sam....orang dah belok kiri dia terus ke depan. Bebudak ni pun tak nak bantu ...diamkan ajer pergerakan kereta Uncle Sam. Tapi sampai juga mereka.

  

  

  

Last destinasi sebelum balik...pekena nasi kandar. Beratur orang dowh......tak pandai aku makan nasi kandar. Takpe...janji mencuba. Jam 8.00 malam kami bergerak pulang ke Shah Alam. 6 jam juga. Jalan jem....buatkan kami lambat sampai. Alhamdulillah semuanya selamat. Terima kasih kepada semua.

  

Karnival Usahawan Desa

Kali ini kami akan ke Tasek Gelugor Pulau Pinang untuk menyertai karnival ini. Dahulu kami menyertai pocket show KUD di PWTC. Bertolak ke Pulau Pinang dengan menggunakan khidmat Ariff anak kepada Encik Ariffin pada jam 10.00 malam. Perjalanan memakan masa selama 6 jam. Kami singgah di kawasan rehat untuk melegakan kaki dan pinggang yang penat duduk di dalam kereta. Makan roti bakar dan minum air panas untuk menerangkan mata.


Meneruskan baki  perjalan dan pada pukul 4.00 pagi kami tiba di Homestay Damai. Setengah jam baharulah ami dapat masuk ke dalam rumah disebabkan tuan rumahnya tak dengar kami call. Adalah 21 kali aku call .......hahahaha memang pengsan habis. Alhamdulillah kami dapat melelapkan mata buat seketika. Jam 8.00 pagi semuanya bangun dan bersiap-siap untuk mengambil sarapan pagi. Makan roti canai dan  minum teh tarik.

  

Kembali semula ke homestay dan bersiap-siap untuk ke Midtown Perda. Tragedi sekali lagi. Kunci kereta Uncle Sam tertinggal dalam bonet kereta. Nasib baik tuan rumah ada contact dengan tukang kunci, maka misi mustahil dijalankan.


Sementara Apek tu cuba membuka pintu kereta kami berposing di hadapan rumah sebagai kenangan.

  

Alhamdulillah....boleh dibuka pintu keretanya. Meneruskan perjalanan ke Midtown pada jam 11.30 pagi. Taklah jauh sangat dari tempat tinggal kami ....dalam 6 atau 7 minit sampailah kami. Setelah menurunkan barang-barang aku memakirkan kereta. Anak-anak angklung menuju khemah utama dan menanti waktu persembahan hendak dimulakan. Riezwan dan pula mengantuk dan pening kepala. Zamrina pula tertinggal spek dalam van. Farid pula tinggalkan spek hitam sendiri dalam van...air mineral juga dalam van....memacamlah bebudak ni.Sebaik sahaja persembahan ghazal selesai kami memulakan persiapan di atas pentas dan memulakan persembahan pada jam 1.45 petang dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Memulakan persembahan dengan lagu Empat Dara dan menutup tirai persembahan dengan lagu Saabai Saabai.

  



Membenarkan anak-anak angklung meluangkan masa dalam karnival selama 15 minit dan kemudian bertolak ke Pulau Pinang untuk sesi berjalan-jalan pula.

Monday, 25 March 2019

Hari Polis ke 212

Tahun ini kami sekali lagi berpeluang untuk membuat persembahan bersama-sama IPD Seksyen 9 Shah Alam untuk menyambut Hari Polis yang ke 212. Chantek nombor tu.


Kami menaiki bas polis pagi ini. Tepat jam 6.30 pagi kami sudah berada di dalam bas dan bersedia untuk ke seksyen 9. Sesampai sahaja di sana kami terus menyiapkan alatan dalam dewan dan kemudia bergegas turun ke tapak perbarisan setelah bersiap ala kadar sahaja. Sarapan kami ambil di dalam bas sahaja. Makan karipap, kuih ketayap dan milo kotak.


8.00 pagi bermula majlis dengan penuh istiadat. Rebah juga anak murid aku 4 orang hari ini. Tak tahan. Bangun pagi sangatlah tu dah lemah fizikalnya. Pada hal latihan yang dibuat lagi lama dari yang ini. Pasukan koir juga tumbang seorang pagi ini. Namun alhamdulillah acara berjalan lancar.  Siap mengiringi penyampaian penghargaan dan sijil kepada para penerima lagi dengan lagu Payung Sambutan kami.

  

  

Sebaik sahaja selesai istiadat di situ, kami bergegas naik ke atas untuk membuat persiapan di dalam dewan pula. Sebaik sahaja kesemua VIP sudah sedia di meja makan maka kami memulakan persembahan dengan lagu Getaran Jiwa dan menutup tiraii persembahan dengan lagu Bengawan Solo. Kesemua lagu yang dimainkan berentak perlahan menjadi halwa telinga sewaktu mereka makan. Busker pula mengambil tempat dan masa kami untuk berehat dan menjamu selera.

  

  

Selesai makan, kami pun berkemas untuk pulang. Sempat bergambar denga boss paling besar kat IPD ni......TQ Encik Rajoo merakamkan gambar untuk kami. Kepulangan kami amat drastik....siap denga polis pengiring. Penghargaan daripada pihak IPD Shah Alam kepada kami. Teruja anak-anak angklung.


  


Saturday, 23 March 2019

Raptai Penuh Hari Polis

Jam 7.00 pagi kami bertolak ke IPD Shah Alam dengan menaiki bas kilang yang disediakan khas oleh PDRM. Perjalanan lancar dan kami mengambil sarapan pagi di luar perkarangan IPD. Makan mee goreng, telor mata dan minum air teh o panas. Alhamdulillah. 7.30 pagi kami bergegas ke tapak perbarisan untuk menjalani raptai. Terkezut bebudak pepagi ini apabila mendengar pegawai atasan memberi arahan dengan suara yang lantang dan kata-kata yang agak %^&()**^*. Itulah alam pekerjaan ..... ulasan yang dapat diberikan oleh cikgu. Kamu kena biasakan diri dari segi mental dan fizikal dan itulah yang sekolah sedang sediakan kamu semua untuk menghadapinya dengan tabah. Hanya sekali sahaja raptai dijalankan dan kami membuat latihan bersama-sama pasukan koir untuk beberapa kali dan kemudian bersurai. Kami poolang ke sekolah dan makan tengahari juga telah disediakan oleh pihak polis. Memang terjaga kami ....terima kasih Encik Rajoo selaku pengiring kami sepanjang kejadian.

  

  




Friday, 22 March 2019

Latihan Koir

Jumaat syahdu, kami akan mengadakan latihan bersama-sama pasukan koir PDRM dari IPD Seksyen 9 Shah Alam. Berjanji dengan Inspektor Azlina untuk bertemu di bilik APD pada pukul 10 pagi ini. Hanya 16 daripada 20 orang ahli angklung yang dapat hadir latihan hari ini. Masing-masing dengan urusan tersendiri. Alhamdulillah latihan berjalan dengan lancar walaupun baharu semalam Ehsan belajar menggunakan drum bass yang baharu sahaja kami beli melalui atas talian. Tapi sayang penyangkutnya mudah sangat patah. Dah nak kena beli baharu.

  



Thursday, 21 March 2019

Latihan Silat

Hasif dijemput khas untuk melatih dan membetulkan pergerakkan silat anak-anak angklung untuk lagu Tari Bunga Rampai. Banyak idea yang telah sumbangkan oleh Hasif dalam latihan ini. Harapan persembahan akan datang pergerakkan mereka lebih mantap dan padu serta dapat menarik minat para tetatmu yang hadir di majlis tersebut.

  

  

Saturday, 16 March 2019

Sanggar Angklung SMK TTDI Jaya

Dahulu kami kemari untuk mengajar mereka lagu Terukir di Bintang untuk guru-guru Intergrasi membuat persembahan dan kemudian lagu Lagi Syantik kepada ahli-ahli kelab angklung yang baharu ditubuhkan dalam aliran biasa pula. Hari ini kami mengadakan bengkel atau sanggar angklung untuk mereka pula. Terbalik...pelajari yang advance dan kemudian undur kebelakang semula. Tak mengapalah.....apa-apa sahaja pun boleh asalkan ada kemahuan. 

Kelas teori diuruskan oleh Uncle Sam pada pagi ini sehinggalah tengahari. Sejarah angklung, pengenalan kepada angklung, cara memegang angklung dengan betul dan pelbagai asas mengenai pembelajaran angklung. Hari ini Saiful Azim dan Veronica pula menjadi pembantu jurulatih.

  

Hanya enam orang ahli dan seorang guru yang dapat menghadiri bengkel pada hari ini, namun dua orang ahli lelaki terpaksa keluar untuk menghadiri latihan silat. Peluang yang terpaksa dilepaskan oleh mereka untuk belajar asas angklung.


Fokus dan ayunan angklung menjadi masalah utama kepada ahli-ahli ini, namun insyallah ia pasti boleh diatasi dengan latihan yang lebih kerap untuk memahirkan diri. Diakhir bengkel kami bergambar bersama-sama untuk memahat kenangan di sini. Moga kelab angklung sekolah ini akan bertambah maju di dalam persembahan mereka selepas bengkel ini.