Friday, 20 October 2017

Karnival Usahawan Desa (KUD 2017)

Persembahan di PWTC....sebaik sahaja kami kembali ke tanahair. Alhamdulillah. Bergerak ke sana pada pukul 7.00 pagi dan sampai di Kuala Lumpur jam 8.00. Kesesakan lalu lintas boleh tahan oleh kerana hari Jumaat. Makan sarapan pagi di Restoran Riverside. Nasi lemak dan teh tarik.

 

Bergerak semula ke PWTC selepas sarapan dan ke bilik Perak yang disediakan khas untuk kami hari ini. Dapatlah berehat dan bersiap dengan selesa.

 

Jam 10.15 pagi bergerak ke pentas utama dan membuat persiapan. Kami yang pertama menghiburkan para tetamu yang hadir di PWTC pada pagi ini. 45 minit pelbagai lagu didendang dan diakhiri dengan gimik lagu My Heart Will Go On dan Dikir Puteri. Anak-anak angklung menari di bawah pentas.

  


Bergerak ke pentas kedua pula untuk terus menghiburkan para pengunjung selama setengah jam.


Berehat seketika untuk sembahayang Jumaat di tingkat 4 PWTC sementara anak-anak angklung perempuan berjemaah sendirian di bilik Perak. Makan tengahari dan berehat untuk seketika. Persembahan ketiga kami pada pukul 5.30 petang di pentas yang lain pula tetapi  masih di PWTC. Pelbagai reaksi penonton dapat dilihat apabila mereka melihatkan persembahan unik kami. Pelbagai artis juga dapat kami jumpa di sini. Walawey.....

 

Persembahan terakhir kami di sini pada jam 8.00 malam. Dalam persembahan terakhir ini kami bersantai sahaja oleh kerana PA System tidak berjaga. Janji kami dapat main dengan baik walaupun terpaksa mengulangi lagu-lagu yang sudah dimainkan petang tadi. Persembahan ini diakhiri bersama-sama dengan para pengunjung dengan bermain angklung bersama-sama kami dalam lagu Dendang Sayang. Sungguuh sporting mereka. Alhamdulillah kami juga mendapat tajaan minuman daripada sebuah syarikat selama enam bulan sepanjang kami membuat persembahan. Rezeki untuk anak-anak angklung. 

 

 
                                                                                                 Tajaan EpiHerbs

Karnival Usahawan Desa 2017 di PWTC mendapat liputan akhbar dan kelab ini juga turut terpapar dimukasurat tersebut pada 21 Oktober 2017 - Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment