Berjanji untuk bertolak pada jam 6.30 pagi tetapi akhirnya tersangkut di Stesen Minyak Petronas Subang Jaya oleh kerana Pak Haji menuju ke Seremban. Kami terpaksa menunggu Pak Aji untuk pusing semula ke arah kebenaran.......hahahahahha. Baran juga aku pagi tu. Aku serah telefon pada CT untuk bercakap dengan semua orang. Akhirnya jam 8.00 pagi baharulah kami dapat bertolak menuju ke Lebuhraya Karak. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke destinasi. Berhenti sekejap untuk mebuang hampas. Takut di sana nanti tiada tanda untuk melepaskan hajat. Laluan menuju ke Airterjun Sungai Dua memamng sempit. Aku kira rombongan kami sudah sesat tapi kelibat Uncle Sam kelihatan di hadapan jalan. Sah...kami dah sampai ke destinasi yang dikehendaki. Disambut mesra oleh Tok Batin kampung yang bertanyakan pelbagai soalan yang taklah dapat kami jawab dengan jayanya.Bersarapan nasi lemak yang ditempah dari Pak Agos sementara menanti krew membuat persiapan.
Sakan berjoli dengan kamera yang tak perlu ada filem.
Sementara Uncle Sam berdiskus dengan Pak Arab ngan Minah Arab tu, kami membuat persiapan yang sepatutnya. Menyusun dan mengantung angklung serta bersalin pakaian untuk rakaman setelah mendapat persetujuan Pak Arab tu jenis pakaian yang hendak digunakan.
Memang letih buat rakaman ini. Perlu dibuat dan diubah berulang-ulang kali. Anak-anak angklung sampai ke'blura'an semasa rakaman dibuat dan memerlukan bantuan guru mereka untuk memahami arahan.
Berehat seketika untuk minum dan makan sahaja kemudian meneruskan lagi rakaman. Kepenatan semua walaupun kami tak buat....tapi penat melihat kegigihan anak-anak angklung mengikut arahan yang diberikan untuk memberikan scene yang terbaik. Jam 6.00 petang rakaman pun berakhir. Alhamdulillah. Terus berkemas untuk pulang.
Berhenti di Genting Sempah untuk makan malam dan menukar pakaian. Kesian anak-anak angklung. Ada yang dah nak terkucil sangat dah. Pesan makanan sepesen sahaja untuk mereka sementara aku dan CT makan mee. Tapi tak habis juga makannya. Kepenatan. Meneruskan perjalanan dan tiba di sekolah pada jam 10.30 malam. Berjanji dengan anak-anak angklung untuk membuat latihan pada hari Jumaat bagi persediaan untuk majlis perkahwinan pada hari Sabtu nanti.
No comments:
Post a Comment