Tuesday, 17 October 2017

Bandung - Kembara Hari Keempat

Hari terakhir rombongan berada di Bandung. Hari ini semua peserta diarahkan untuk bersiap dan bersarapan lebih awal oleh kerana kekangan masa. Jam 9.00 pagi setelah daftar keluar daripada Hotel Bandung menuju terus ke SMK Negeri 10 Bandung mengharungi kesesakan lalu lintas bersama-sama dengan penduduk Bandung yang berpusu-pusu menuju destinasi masing-masing. Berkesempatan untuk merasai pengalaman menaiki teksi Bandung untuk sampai ke SMK Negeri 10 oleh kerana laluan ke sana kecil dan hanya teksi kecil sahaja yang boleh melaluinya.

 

Kunjungan kami telah dinanti oleh Humas sekolah dan diriingi ke dewan untuk mendengar taklimat dan persembahan daripada siswa dan siswi di sini. Selesai sahaja majlis di dalam dewan kami dibawa melawat sekitar sekolah dan melihat sendiri sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk anak-anak angklung Wariseni ini.

 

 

 

  


Berkesempatan untuk melawat sekitar sekolah hanya 2 jam sahaja namun pelbagai pengalaman, kenangan dan pengetahuan yang dapat diperolehi di sini. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan ini. Sebelum beredar lawatan dirakamkan bersama-sama siswa dan siswi serta guru-guru yang terlibat dalam aktiviti ini.


Terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara dan mendaftar masuk secara berkumpulan. Agak lewat kami tiba namun penerbangan kami ke Kuala Lumpur telah ditunda kerana penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung lewat tiba di sini. Alhamdulillah, menarik nafas lega. Para peserta mengambil kesempatan menghabiskan nilai rupiah yang ada membeli-belah di dalam lapangan terbang pula. Anak-anak angklung Wariseni bersesak-sesak membeli coklat yang agak luarbiasa bungkusan dan namanya. Guru-guru pengiring turut teruja juga untuk turut membeli sama. Jam 2.30 petang kami dibenarkan masuk ke dalam kapalterbang dan berangkat meninggalkan bandar Bandung pada jam 2.40 petang. Hujan lebat mengiringi keberangkatan pulang rombongan ke Malaysia. Bandung turut sedih di atas kepulangan kumpulan ini.

 

Tiba di KLIA 1 pada jam 5.40 petang. Setelah urusan selesai kesemua menanti bas tiba untuk membawa semua pulang ke Shah Alam. Jam 8.00 malam kesemua peserta pulang bersama-sama ibu bapa masing-masing dengan selamat.


No comments:

Post a Comment