Persembahan kali ini kami mewakili PADAT dalam program Senada. Anak-anak angklung berkumpul di Bilik Angklung untuk memunggah alatan ke dalam kereta dan van. Bapak Riezwan memastikan alatan yang diangkut lengkap dan kemudian menanti Pak Agos di Pondok i-Think.
Tepat jam 6.40 petang kami bertolak ke Dataran Kemerdekaan yang terletak di seksyen 14. 7.00 petang kami tiba di Masjid SSAAS dan bersedia untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di sana.
Sejurus selesai kami bertolak ke belakang pentas dan bersiap-siap. Uncle Sam memberikan arahan persembahn yang man lagu Dikir Puteri akan dimainkan terlebih dahulu kerana dia bercadang untuk membuat gimik permulaan program. 8.50 malam kami memulakan rehearsal dan diikuti dengan gimik lagu Dikir Puteri dan kemudian meneruskan persembahan di atas pentas untuk lagu-lagu seterusnya. Berehat seketika selepas 5 buah lagu dimainkan dan menjamu selera dengan nasi bungkus yang disediakan oleh PADAT. Acara tarian mengisi ruang masa yang ada.