Monday, 9 July 2018

Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Hari ini giliran Shakil dan Amylia, dua adik-beradik ditinggalkan oleh kami. 15 minit juga aku menunggu kedatangan mereka. Akhirnya keputusan terpaksa diambil dan mereka ditinggalkan. Bukan rezeki mereka. Menurut kata kekawan mereka ketiduran dan lewat bangun sebab malam tadi ada majlis rumah terbuka di rumah mereka. So, next time ada rezeki kamu berdua pergi ya. Haji Ismail menjadi pemandu kami pagi ini. Kelibat van usdah ada di hadapan pagar sekolah seawal jam 6.45 pagi. Perjalanan kami ke sana mengambil masa 2 jam sahaja. Jalan masih lenggang dan kosong memudahkan perjalanan ini. Alhamdulillah. Sebaik sahaja tiba di muzium kami memakirkan kereta dan kemudian mencari tempat untuk mengambil sarapan pagi.


Selesai bersarapan kami kembali ke muzium dan memulakan persiapan untuk persembahan pada pukul 11.30 nanti. Pengurus kami di sini lain pula orangnya sudah.....lelaki.  Bersantai sahaja kami main hari ini ....tengok mode pelancong yang hadir. Budak-budak pun happy jer main hari ini. Kami buat flash mob untuk lagu My Heart Will Go On dan Dikir Puteri. Sahaja jer.

 

  


Persembahan kami berakhir pada jam 5.00 petang dan kamii bertolak pulang pada jam 5.30 petang. Perjalanan kali ini banyak sangkut-sangkut sebab jem, Lupa lagi bawa roti dengan banyak. Tapi yang peliknya tiada apa-apa yang berlaku sepanjang jalan, Jem disebabkan para pemandu yang tidak sabar dan suka cilok sana-sini. Tu jer. Alhamdulillah kami sampai pada pukul 9.00 malam dan kesemua anak-anak angklung dijemput oleh ibu bapa masing-masing kecuali yang dekat. Mereka pulang sendiri. Terima kasih semua.


No comments:

Post a Comment