Tuesday, 3 July 2018

International Muslim Mental Health Conference

Puan Siti Anisah daripada SMK Seskyen 19 telah lama deal dengan kami untuk majlis ini. Persiapan demi persiapan dibuat sehinggalah ke hari kejadian. Ketiga-tiga guru penasihat kelab kali ini berganding bahu untuk merealisasikan majlis ini. Yang paling banyak karenah....pakaian yang akan digunakan. Nasib baik aku tak sewa. Cukup dengan pakaian yang ada dan aksesori daripada guru-guru yang terlibat. Sebaik sahaja tiba di  Bangunan TNCPI UPM kami bergambar dahulu di hadapan bangunan 'White House' ini.

  

Kemudian kami menuju ke audiotorium untuk melihat tempat persembahan dan terus mengambil sarapan pagi di bahagian lobi bangunan. Minum air teh dan mee goreng pagi ini. Rezeki anak-anak angklung.


Sebaik sahaja selesai sarapan kami naik semula ke tingkat tiga dan memulakan aktiviti solek-menyolek. Part paling susah...memadankan pakaian dengan aksesori. Puas aku menggayakan Fatihah akhirnya dapat juga kupakaikan selimpang kuningnya dengan betul. Sudah lama pakaian multi racial ini tidak dipakai. Sehingga ada yang dah terkoyak pun aku tak perasan. Tu yang menyebabkan Riezwan kena pakai baju melayu. Selalunya dia yang konkur pakai baju cina warna kuning tu.


Jam 12.30 tengahari kami memulakan persembahan setelah majlis perasmian dijalankan. Lagu pertama My Heart Will Go On dan kemudian lagu Kullul Hubbi. Selesai persembahan kami mengambil gambar beramai-ramai bersama-sama para peserta konferen.

  




Sebelum pulang kami makan tengahari dahulu di sini. Alhamdulillah walaupun terdapat beberapa masalah namun persembahan kami tetap mantap. Terima kasih kepada Puan Siti Anisah kerana menjemput kami.


No comments:

Post a Comment