Pagi ini hujan turut seakan-akan turut sama merasakan kesedihan warga SMK Taman Sri Muda. Hari ini merupakan hari terakhir ayahanda Tuan Haji Aznan Kassan berada di sini. Majlis ditangguhkan sementara menunggu hujan sedikit reda dan dataran menjadi lebih kering sedikit untuk dihuni oleh warga SMK Taman Sri Muda. Aku turut sama seriau akan perubahan majlis ini oleh kerana semuanya dijanlankan secara mengejut.
Tidak lama kemudian majlis dimulakan seperti yang disusun dalam buku program. Persembahan angklung memulakan persembahan dengan dua buah lagu iaitu Menjelang Hari Raya dan diikuti dengan lagu Pamit yang dipopularkan oleh Broery Marantika. Lagu ini ditujukan khas buat ayahanda tercinta. Sekamat tinggal ayahanda. jangan lupakan kami ya!
Kemudian kami meruskan aktiviti menyambut Hari Raya dan Hari Lahir dari Mei hingga Julai di Rumah Hijau tempat latihan kami. Majlis yang serba sederhana dan makanan serta minuman dibawa oleh anak-anak angklung. Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment