Thursday, 19 July 2018

Rehearsal ASG 2018

Bas sudah menanti kami jam 12.00 tengahari di luar sekolah. Budak-budak masih bersepah-sepah kat bangsal I-Think….termasuklah cikgunya..wuuuaahahahahaha. Celik-celik mata kami berada di Padang kawad UiTM. Terlelap aku dan CT. Udahnya bas kena pusing semula dan keluar dari padang kawad. Kami diturunkan di tepi jalan dan menapak naik ke dewan agong.

Jam 2.00 petang kami memulakan latihan di luar dewan. Kelihatannya ramai murid-murid dari sekolah lain dan memakai tshirt khas. Aku pun mengusha Puan Siti Dewi untuk mendapatkan tshirt tersebut. Ada rezeki budak-budak ni dapatlah nanti.

  


 Bertelagah plak antara AJK majlis. Kami dah bersedia untuk membuat rehearsal dalam dewan…tup tup diberitahu peranan kami tiada dalam dewan tu. Plak dah…aku pun bawa bebudak ni semua keluar semula dan kemudian berkemas-kemas untuk balik. Bung masa kami sahaja menanti. Tapi, kena tunggu juga sudahnya sebab bas hanya satu perjalanan sahaja. Kami terpaksa menunggu murid-murid dari sekolah seksyen 16 dan 24 (2) selesai.



Jam 9.00 malam baharulah kami tiba di sekolah. Rehearsalnya tiada penat sahaja yang dapat. Namun ia merupakan pengalaman untuk anak-anak angklung untuk menghadapi pelbagai situasi. Baharulah mereka bersedia untuk menghadapi dunia yang seba mencabar ini.

No comments:

Post a Comment