Tuesday, 31 July 2018

Penyampaian Hadiah Sempena Hari Karnival Kokurikulum 2018

Pagi tadi aku tengok ada perhimpunan di Dataran Perpaduan SMKTSM...alih-alih semua diarahkan naik ke atas.....hujan der! Ok, maka penyampaian hadiah tidak dapat dilaksanakan untuk sesi pagi ni, namun pada sesi petang semuanya berjalan lancar. Tahniah kepada anak-anak angklung yang menyertai pertandingan ini. Kan cikgu dah cakap mesti dapat tempat punya kan.


Izmi - Congkak tempat kedua

Hazni - Shu Mei tempat kedua

Saiful & Shakil - Anyaman tempat kedua

Nadia dan Patrina - Anyaman tempat pertama
Hari Selasa baharulah penyampaian untuk sesi pagi dapat disempurnakan Tahniah....tahniah hiasan kek Kelab Angklung Wariseni menggungguli!

 
                                Dam - Azrul, Syahmi dan Fazli                   Shu Mei - Ainaa dan Fadzilah   
     
 
                                     Anyaman - Ainul, Aisyah & Fatin              Hias Kek - Doreen, Fitri & Ain


Monday, 30 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children's House Part 7

Final day untuk memberi bimbingan kepada anak-anak tadika dan gurunya di Subang Jaya. Uncle Sam masih setia untuk membantu. Jam 11.00 pagi sampai di sana dan terus mengambil tempat. Ulangkaji ayunan angklung kepada anak-anak tadika dan kemudia memainkan lagu-lagu yang dipelajari. Konsert mereka akan di adakan pada 29 September ini nanti. Jadi, mereka masih punya banyak masa untuk berlatih dan memantapkan ayunan angklung. Tapi, biasalah...anak-anak kecil. Tumpuan mereka tidak lama...terpulang pada kita untuk menarik mereka. Anak-anak ini dapat bermain dengan baik di bawah bimbingan guru mereka sendiri. Alhamdulillah. Syabas kepada sekolah tadika ini. Moga hubungan di antara SMK Taman Sri Muda dan sekolah ini akan berpanjangan. Gud luck dalam persembahan nanti dan jangan lupa jemput kami sama.


  


Wednesday, 25 July 2018

Hari Karnival Kokurikulum 2018

Subuh sepiee aku dah sampai sekolah....membawa macam-macam perkara dalam kepala. Nampak Saipul dan Annur berada di Bilik Angklung. Serahkan kunci dan mengarahkan mereka menunggu yang lain-lain sambil meninggalkan pesanan untuk penghias kek kepadanya. Singgah kantin untuk bersarapan. Setelah meninggalkan pelbagai pesan pada Cikgu Elsa apabila mendapat baju daripada Cikgu Rahayu aku kemudian bergegas ke Bilik Gerakan untuk menghadiri kursus. Bertembung pula dengan Cikgu CT pesan memesan lagi. Laporan hari ini kuserahkan pada 2 jurukamera hari ini iaitu Nooriezwan dan Ehsan.

  

Anak-anak angklung pepagi lagi dan berada di Bilik Angklung untuk mendapat tshirt baru kelab. Cikgu Elsa memikul tanggungjawab ini setelah kuserahkan list nama .

  

Selesai diserahkan kesemuanya ke Dataran Perpaduan untuk menghadiri perhimpunan pagi dan melakukan senaman Zumba beramai-ramai.10 buah lagu digunakan untuk aktiviti ini. Sebaik sahaja tamat senaman upacara merasmikan Hari Karnival Kokurikulum 2018 dilangsungkan. Upacara ini diuruskan oleh Koperasi Sekolah dan disempurnakan oleh Encik Mohd Din Bin Dollah selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Gimik perasmian dibuat oleh Pasukan Kadet Bomba sekolah.

  


  

Setelah murid-murid diagihkan makanan dan minuman mereka kemudiannya diarahkan berada di tempat pertandingan masing-masing. Taklimat acara diberikan oleh Penyelaras Sukan dengan jelas sekali. Murid-murid yang tidak menyertai apa-apa acara pula mengambil kesempatan membeli-belah di gerai-gerai yang dibuka oleh persatuan dan kelab yang ada di sekolah. Guru-guru juga mengambil kesempatan membuat jualan pada hari ini.

Anak-anak angklung melibatkan diri dalam acara menghias kek, dam, congkak, anyaman, chu mei, mewarna, payung terjun dan lain-lain lagi. Siapa yang menang ?  Tunggu Isnin kata mereka. Namun mereka semua telah buat yang terbaik. Syabas.

  

  

  

Setelah selesai semua aktiviti anak-anak angklung mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai. Penolong Kanan Pentadbiran Encik Mohd Din Bin Dollah, Penolong Kanan Kokurikulum YM Raja Arbaiyah bin Raja Abdullah turut sama bergambar dengan kami. Mana Cikgu Elsa? Dah selesai bergambar baharu disedari cikgu Elsa tiada. Takpe...next time apabila bergambar dengan pengetua nanti ya Cikgu Elsa. Jangan merajuk yea...ala muchuk..muchuk!


Jam menunjukkan sudah 1.35 petang. Kesemua murid-murid SMKTSM sudah beredar pulang ke rumah masing-masing. Aku...masih di sini untuk meneruskan baki masa kursus 2 jam lagi. Ok, bye!


Hasil nukilan bersama-sama :

Nooriezwan Mohd Rizkan
Mohammad Ehsan Bin Idris


Tuesday, 24 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children's House Part 6

Harapan menggunung menghala ke Subang Jaya. Kali keenam aku mengharungi jalan ke sini. Sesampai di sana kelihatan Uncle Sam sudah mendahului aku terlebih dahulu. Jam 10.55 pagi kami mula menekan loceng sekolah dan disambut mesra oleh gurunya. Anak-anak di dalam masih membuat latihan tarian benggali. Adus...comel-comel semuanya apabila menggoyangkan kaki dan punggung mereka...nak gelak pun ada. Jam 11.15 pagi kami mula mengambil alih kelas. Terpegun seketika hari ini latihan pertama sahaja mereka sudah dapat memainkan lagu medley semalam. Walaupun tidak lancar tetapi mengikut irama latar belakang dengan baik. Insyallah digilap selama 2 bulan anak-anak ini akan lancar bermain untuk persembahan mereka pada bulan September nanti.

  




Latihan Menghias Kek

Jam 5.00 petang seperti yang dijanjikan Ain, Fatihah dan Doreen bersedia untuk belajar menghias kek. Dibantu oleh Kakak Nazwa Kantin. Projek rahsia kami untuk menghadapi pertandingan menghias kek sempena Hari Kokurikulum pada 25 Julai 2018 di sekolah nanti. Chaiyok KAW Team!



  

Monday, 23 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children House Part 5

Singgah sekolah untuk mengambil angklung khas untuk lagu Medley Bintang Kecil dan Burung Kakatua. Ambil barangan yang diperlukan di rumah dan kemudian menuju ke Small Wonder Children’s House untuk latihan lagu medley pula kali ini. Ulangkaji dibuat untuk lagu minggu lepas. Monday blues kata orang….budak-budak ada yang tidak hadir….3 orang. Yang hadir pun hari ini banyak main-main. Mungkin hari esok mereka akan lebih fokus…insyallah.



Friday, 20 July 2018

Perasmian Pembukaan Asean School Games 2018


20 Julai 2018, group KAW  Team dipecahkan kepada dua kumpulan. Group senior ke Hotel Istana, Kuala Lumpur sementara group Junior ke Dewan Agong Tunku Canselor UiTM untuk menyertai lain-lain peserta persembahan dalam perasmian Asean School Games 2018. Jam 12.30 tengahari kami bertolak dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Setelah semuanya ada kami meneruskan perjalanan ke UiTM Shah Alam.  Kami diturunkan di tangga yang sama kami pergi semalam dan terus menuju ke dewan dan membuat persiapan alatan. Cikgu Elsa pula mengarahkan ahli kaw team perempuan bersiap-siap terlebih dahulu. Sementara Cikgu Suzana membantu ahli kaw team lelaki memakai samping.

 

  

Setelah siap kami memulakan alunan angklung mengikut susunan lagu yang telah disediakan oleh Cikgu Azlena....sebaik sahaja selesai Cikgu Elsa memberikan kami masa untuk melihat persekitaran majlis.  Cikgu Elsa dimaklumkan oleh petugas bahawa hanya pintu utama sahaja yang akan digunakan maka posisi kami diubah sekali lagi daipada bentuk semisfera kepada dua barisan yang lurus. Biasalah...lelaki belakang perempuan hadapan.

  

Sementara menanti ketibaan Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Bin Malik, kami memainkan 10 buah lagu medley. Lagu-lagu yang terdapat di dalam terdiri daripada 10 buah negara yang terlibat dalam kejohanan ini iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Cambodia, Myanmar, Vietnam, Brunei, Filipina, Laos dan Indonesia. Terdapat penonton yang teruja dengan alunan angklung kami terutama apabila kami memainkan lagu-lagu negara mereka.Terdapat juga beberapa VIP bertanyakan tentang kelab kami kepada beberapa orang tertentu.

YB Dr. Maszlee Bin Malik
  

Sebaik sahaja Menteri Pendidikan YB Dr.Maszlee masuk ke dewan kami memainkan lagu Cabuk Cabuk Bertali Rambai yang panjangnya tak sampai satu minit sahaja. Tetapi alangkah terharunya kami apabila beliau meminta sebuah lagu iaitu lagu My Heart Will Go On. Reaksi YB sangat memberangsangkan. Beliau kelihatan teruja dan seronok dengan persembahan kami.





Anugerah Srikandi GPMS

Khidmat driver hari ini menggunakan khidmat suami Cikgu Siti Raxkina. Pak Agos dan Haji Ismail tidak dapat membawa kami hari ini. Jam 12.15 kami bertolak ke Hotel Istana berpandukan Waze. Rasanya group aku pernah buat persembahan di sini dan VIPnya ialah Tun Dr Mahathir Mohammad. Masa tu beliau merupakan mantan PM kita. Kali ni VIP hari ini ialah Sultan Perak dersama-sama permaisurinya, Timbalan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri.



Makan tengahari yang disediakan oleh pihak GPMS dan kemudian mengarahkan anak-anak untuk solat Zohor sebelum menerima taklimat. Agak lewat juga taklimat berakhir dan kami terus menyalin pakaian dan bersiap. Sebaik sahaja selesai kami membuat rehearsal sendiri di atas pentas. Kami hanya perlu menundukkan kepala sahaja. Fazli menjadi ketua memberi arahan. Sopan aje suaranya.



6.45 petang kami memulakan persembahan dengan lagu Zapin Berkasih. Pada pukul 7.15 malam kami menghentikan alunan angklung kami dan berhenti untuk makan malam dan menunaikan kewajipan. Pada jam 7.45 malam kami memulakan semula persembahan dan berhenti sebaik sahaja Sultan masuk ke holding room. Kemudian kami bersedia untuk mengiringi Sultan ke Ballroom.




Selesai tugas di luar dewan, kami masuk ke dalam Ballroom menggunakan pintu belakang. Bersedia untuk membuat persembahan 3 buah lagu iaitu Getaran Jiwa, My Way dan Kasih. Masa bersantap kami memulakan persembahan. Terpegun tetamu apabila alunan pertama angklung di dalam Ballroom. Setelah persembahan berakhir kami duduk meja yang dikhaskan untuk kami. Kemudian bergegas keluar untuk bergambar dengan VVIP.






Jam 11.00 malam baharulah semuanya selesai dan kami bertolak pulang dengan gembira. Semuanya berjalan lancar hari ini. Alhamdulillah.