Saturday, 28 June 2014

Hari Koperasi Sekolah

Rabu 26 June....sebaik sahaja habis kelas Bahasa Malaysia di Kelas Peralihan Azam....seorang murid berkejar-kejar mencari aku. Katanya Bonda nak jumpa.....ada apa agaknya ya. Aku terus menuju ke dataran. Bonda sedang asyik melatih pasukan koir untuk menyanyikan lagu koperasi.Sebaik sahaja pasukan koir berhenti aku terus menyapa bonda. Oh....bonda nak angklung dimainkan sewaktu  YB merasmikan Laluan. Tiada masalah....cuma kala itu anak-anak angklung senior ku sudah pulang. Terus ku hubungi Aina untuk memanggil semua senior hadir latihan pada petang ini.

Pukul 5.00 petang baharu dapat mengumpulkan kesemua pemain angklung yang diperlukan. Aku menggunakan kesemua senior yang ada dan mengambil 9 orang pemain junior tingkatan 1 dan 2. Lagu yang akan dimainkan adalah lagu Inang Cina.....mengiringi VIP ke laluan dan seterusnya lagu Angklung Sambutan selepas YB memotong reben. Pukul 600 petang baharulah pasukan angklungku bersurai dengan pesanan penaja pukul 7.00 pagi sudah berada di hadapan bilik disiplin.

27 Jun....bagus anak-anak angklungku sudah sedia menanti. Cek dan piala telah diserahkan pada Puan Zainon untuk penyampaian hadian nanti. 7.30 pagi aturcara pun bermula......tibalah giliran Arham naik ke pentas untuk menerima piala dan cek sekali lagi daripada YDP PIBG Encik Veeraya. 



Sebaik sahaja penyampaian hadiah yang terakhir anak-anak angklung bersedia untuk mengiringi YB Ir Kamaruzaman dan AJK majlis ke laluan yang dikhaskan.


Amnan ni boleh main-main pulak...terjerit aku memanggil dia suruh memulakan pukulan jidur....ish nak kena budak neh! Paluan jidur dan ayunan angklung bergema di sekolah. 


Syabas anak-anak angklungku...walaupun rehearsal dalam jangka waktu yang singkat dapat memberikan persembahan yang mantap.

No comments:

Post a Comment