Bangun pagi lebih awal sedikit.....berkemas untuk ke Pantai Puteri. Sebelum bertolak majlis kecil diadakan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kelab angklung kepada Pendekar Gasing kerana sudi memberikan tunjuk ajar membuat gasing.
Menuju ke restoran untuk bersarapan tapi...tutup baaa. So bayar sahaja untuk bekalan makanan yang telah dimakan dan menuju ke Pantai Puteri. Sesampai di sana kami mebantu Pendekar Gasing menyiapkan tempat. Sementara Amira mencari pot untuk bersarapan kami memulakan aktiviti dengan bermain gasing.
Setelah puas kami pun menuju ke Medan Selera untuk bersarapan. Makan nasi lemak juga hari ini. Senang dan cepat juga. Minum teh tarik...kegemaran semua. Ya ke? Siap makan kami menuju ke kereta untuk memunggah barang-barang persembahan.
Bersiap untuk memulakan persembahan secara santai di Majlis Perasmian Program Membudayakan Seni Budaya Dondang Sayang. Adakah kami akan diberi peluang?
Orang ramai mula berhimpun bila kami mula mengeluarkan alatan. Empat buah lagu akan didendangkan oleh angklung hari ini iaitu lagu Budi Bhasa Budaya Kita, Bugih Lamo, Kaulah Segalanya dan Kampuang Nan Jaoh di Mato.
Tak sangka sambutan hangat diterima. Kami menarik penonton untuk berdiri di hadapan kami semasa persembahan. Lagu pertama kami dendangkan di bawah khemah sahaja tetapi selepas mendapat sambutan kami diminta untuk membuat persembahan di hadapan pentas pula.
Terbaiklah anak-anak angklung.....selesai persembahan pengurus aktiviti meminta maklumat kami. Seterusnya kami mula menjalankan aktiviti bermain gasing semula.
Pukul 12.30 tengahari kami berkemas dan bergerak menuju ke Makan Hang Tuah. Pendekar Gasing menjadi tourist guide kami pada hari ini.
Selesai di makam kami menuji ke muzium kapal selam pula.
Lawatan kami berakhir di sini. Selamat tinggal Melaka...jumpa lagi di lain hari dan waktu. Menuju ke lebuhraya untuk pulang. Moga perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke destinasi.
No comments:
Post a Comment