Monday, 16 June 2014

Bengkel Membuat Gasing - Hari Kedua

Bangun pagi menjalankan tanggungjawab masing-masing. Budak-budak yang dah siap mula menghirup udara segar di tepi sawah padi sambil melihat matahari mula terbit.



Aktiviti diteruskan pagi ini. Kami singgah disebuah warung berdekatan dengan bengkel untuk bersarapan pagi. Makan nasi lemak lagi tetapi kali ini lebih special...ada sayur kangkung weh!. Pekena teh tarik lepas makan. 


Muka semua sembab jer...lewat tidur malam tadi. Selesai makan kami menuju ke bengkel. Pendekar Gasing sedia menanti kami. Hari ini aktiviti dimulakan dengan melakar bentuk gasing mengikut kreativiti masing-masing. Aku juga tak mahu ke tinggalan terus mencapai pensil dan kertas dan mula melakar.





Sompek lagi menjamah buah durian yang ada .....bengkel gasing ini di kawasan rumah dan dikelilingi dengan beberapa batang pokok durian.


Encik Ariffin diberikan peluang untuk memilih reka bentuk gasing yang paling kreatif.

Juri mula keluar setelah kata putus dierolehi
Tiga pemenag pada hari ini ialah Arham, Amira dan Shaza.




Hari ini kami cuba untuk menyiapkan gasing masing-masing sehingga proses ke empat. Amira memulakan aktiviti pada hari ini. Semalam Amira merupakan pembuat gasing yang terakhir sekali. Mereka diberi peluang untuk membuat bentuk gasing yang dilakarkan tadi. Best!



Memakan masa yang agak panjang juga untuk memaksi dan melarik halus gasing ini. Aku dan Encik Ariffin tidak mahu ketinggalan untuk melarik. Sewaktu mereka rehat makan tengahari aku mengambil peluang ini untuk memnyiapkan gasingku sendiri.



Aktiviti berakhir pada jam 6.30 petang dan kami berposing untuk kesekian kalinya bersama hasil tangan masing-masing.





Memang penat hari ini. Jam 8.30 malam harus bersedia untuk menjamu selera dan berjalan-jalan ronda Bandar Melaka.


Kami singgah berjumpa dengan Encik Karim orang yang mula-mula mengajar kami bermain gasing di Kraftangan Kuala Lumpur. Sekarang kami belajar membuat gasing dengan anak beliau iaitu Encik Rimi Azizi atau lebih dikenali sebagai Pendekar Gasing dalam FB.

Terus menuju semula ke pantai Klebang untuk menikmati asam pedas. Yes...Restoran Asam Pedas Claypot Klebang buka hari ini. Mula mengorder makanan...asam pedas ikan pari. Fuh...nikmat, hirup macam sup jer.




Selesai makan kami pun ronda-ronda bandar Melaka. Oleh kerana keletihan kami ronda hanya dengan menaiki van sahaja. 



Hanya sempat merakamkan gambar dua buah masjid sahaja iaitu masjid yang tertua dan yang kedua dalam perjalanan balik. Tak tahu gambar apa nak snap beee.....Gud nite all!

No comments:

Post a Comment