Setelah ditunda dan dipinda...akhirnya pada 13 Jun bermulalah perjalanan kami ke Kampung Cheng Melaka untuk menuntut ilmu membuat gasing pula kali ini. Sesampai di tol Ayer Keroh...Pendekar Gasing telah menanti kami di sana. Terus dibawa kami menuju ke bengkel beliau. Sebelum memulakan aktiviti kami memulakan majlis dengan acara bersarapan pagi...yeah! Nasi lemak buah bidara...sayang selasih hamba turutkan....buang emak buang saudara....kerana nasi lemak...aku turutkan!
Sambil menjamu selera Pendekar Gasing memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti membuat gasing. Selesai makan kami mula dibawa ke dalam bengkel untuk mengenali alatan yang digunakan.
Kemudian kami ditunjuk demo cara-cara membuat gasing. Terdapat 4 proses yang perlu dilakukan iaitu :
1. Menggubal - bongkah kayu mula dibentuk kepada bentuk gasing secara kasar.
Anak-anak angklung diberikan peluang untuk memegang kapak sakti ini dan cuba untuk menggubal bogkah kayu yang diberikan.
2. Melarik kasar - proses untuk menampakkan bentuk gasing dengan lebih jelas secara kasar.
3. Memasang paksi (paku)
4. Melarik halus - proses mengukir dan membentuk gasing dengan lebih kemas dan cantik.
Tugas kami pada hari ini ialah hanya melarik kasar sahaja. Pengerusi kelab angklung Arham memulakan langkah pertama ini.
Kesemua ahli kelab berjaya melarik kasar gasing masing-masing. Hampir pukul 3.30 petang barulah semua dapat menyiapkan larikan kasar gasing mereka. Aku diminta untuk memilih 3 gasing yang terbaik larikan kasarnya. Mereka diberikan hadiah oleh Pendekar Gasing.
Kami diberitahu bahawa YB Dato Abu Bakar Mohamad Diah akan menyampaikan sijil penyertaan dan melihat kami membuat gasing. Dato akan sampai pada pukul 5.00 petang nanti. Kami pun membantu mengemaskan bengkel untuk menyambut kedatangan YB ....alelelelee...YB dah tiba jam 4.30 petang. Tak sompek tuan rumah menyediakan meja. Apa-apa pun YB memang sempoi. Thank You YB!
Jam 6.00 petang kami berangkat pulang ke Mutiara Homestay yang terletak di Bukit Rambai, tak jauh dari bengkel gasing. Kami dipandu oleh seorang pembantu untuk ke sana...maklumlah kami bukan orang sini.
Kami berehat sebentar sebelum memulakan aktivti seterusnya malam nanti. Perancangan kami untuk menaiki bot melayari sungai Melaka. jam 8.00 malam Pendekar Gasing tiba untuk membawa kami ke sana. Harga tiket RM 10. Not bad.....orang pun tak berapa ramai...just nice. Tak berapa lama menunggu akhirnya kami menjejakkan kaki ke dalam bot. Apalah Anees masih boleh lelap atas bot!
Terus mencari makan malam di Pantai Klebang...ingat nak makan asam pedas...kedai tutup pula. Terus ke tepi pantai. Unik restoran mereka menggunakan bas-bas lama yang tidak digunakan lagi. Kami bersedia untuk membuat order....pelayan memberikan menu..yes! Nasi goreng...terus jer kami pesan. Alamak..nasi habis la kak...heeeeleehhh...buat apa bagi kami menu then....pesan maggi sup 2 dan lain-lain burger serta air mineral. Hentam sajalah Labu. So aktiviti kami berakhir di meja makan untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment