Sunday, 3 February 2019

Persembahan Kebudayaan dan Warisan

18 orang ahli melibatkan diri dalam aktiviti hari ini......ke Melaka menuju Muzium Kesultanan Melaka. Bertolak pada jam 7.30 pagi. Agak lewat kerana ada ahli yang lewat sampai. Namun perjalanan kami ke sana tidak terganggu oleh kerana tiada kesesakan lalu lintas. Jam 9.30 pagi kami tiba di perkarangan muzium dan terus mengambil sarapan pagi. Berbekalkan nasi  lemak Pak Agos dan air mineral sahaja.


Selesai bersarapan, menyediakan alatan untuk persembahan dan acara solek dimulakan terlebih dahulu. Nak lihat perubahan solekan pada anak-anak angklung yang baharu sahaja lepas belajar bersolek dalam minggu ini. Alhamdulillah, nampaklah berubahnya termasuk ahli angklung lelaki.


Setelah semuanya ready kami memulakan persembahan pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Pelbagai rentak lagu dimainkan dan para pengunjung pun sporting....join kami bersama-sama dalam persembahan.

  

  




Kami juga memberikan persembahan sambil menari di hadapan penonton iaitu lagu My Heart Will Go On dan Poco Poco. Dua buah lagu joget juga dapat kami persembahakan iaitu Joget Pahang dan Joget Anak Kala.








Persembahan yang mantap untuk hari ini. Persembahan diteruskan pada jam 3.00 - 5.00 petang. Menutup tirai persembahan dengan bergambar beramai-ramai bersama-sama ketua pengarah dan staf muzium. Terima kasih daun keladi menjemput kami. Isyallah kita akan berjumpa lagi di Muzium Kapalselam  pula.

  

  

No comments:

Post a Comment