Saturday 16 February 2019

Mini Sanggar Angklung 2019

Bengkel yang idadakan secara tidak terancang hari ini namun alhamdulillah ianya berjalan lancar dengan bantuan senor-senior dari tingkatan 2 sehingga 5. Namun begitu, kehadiran ahli pelapis tingkatan 1 tidak memberangsangkan. Apakah kekangan mereka? Belum dapat dikenalpasti. Hari Isnin nanti baharu nak pastikan dengan mereka. Memulakan aktiviti dengan mencuba lagu Selamat Pengantin Baru ...lagu yang dipopularkan oleh Anita Sarawak. Kemudian sesi suai kenal dimulakan dengan senior tingkatan 5, 4 dan 3.

  

Aktiviti seterusnya mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diketuai oleh Nurul Fatihah kumpulan Sanggar, Rismawati kumpulan Teratak, Riezwan kumpulan Saung dan Faris kumpulan Udjo. Objektif utama aktiviti adalah untuk mendapatkan kerjasama daripada semua ahli dalam mempelajari angklung, menghasilkan satu gerak tari terbaharu untuk sebuah lagu, memainkan angklung dengan mantap, disiplin diri dan tanggungjawab masing-masing dalam kumpulan.

  

   

Mereka diberikan tempoh masa selama satu setengah jam untuk menghasilkan satu pasukan yang mantap. Lagu yang dimainkan adalah pilihan mereka berdasarkan kekuatan yang ada dalam kumpulan. Jam 11.15 pagi kesemua kumpulan berkumpul semula dan membuat persembahan yang telah mereka praktis tadi. Inilah hasilnya.

 


 





Tahniah dan syabas kepada mereka semua.....nampak perubahan yang ketara kepada para pelapis 2019. Cikgu berbangga dengan kamu semua. Diharapkan dengan adanya mini bengkel ini dapat menaikkan semangat ahli-ahli yang baharu nak menjinakkan diri mereka dalam seni ini. Teruskan usaha anda dan selamat maju jaya cikgu ucapkan.


No comments:

Post a Comment