Saturday, 9 February 2019

Walimatulurus Suhadah & Shahril

Perjalanan kami hari ini ke seksyen 23 terlenih dahulu. Menyatuni jemputan Cikgu Marina yang menyambut kelahiran anaknya yang baharu. Habis kesemua kubawa ke sana.

  

Panas sungguh cuaca hari ini.......tak lama kami di sini. Tempat duduk pun agak panas dan setelah selesai kami bertolak ke Petaling Jaya menuju Amcorp Mall. 10 tahun lepas adalah kakiku jejakkan di sini untuk melihat orang menjual pelbagai barangan antik. Hari ini, aku membawa 15 orang budak angklung untuk membuat persembahan di sini.

  

Kami lepaskan anak-anak angklung dalam mall ini selama sejam dan berjanji untuk berkumpul semula pada jam 5.00 petang untuk membawa alatan ke atas. Setelah menunaikan solat asar mereka mula bersiap-siap sementara menanti orang pa system tiba. Jam 6.15 petang kami mula menjamu selera terlebih dahulu. Aku setia menanti orang pa system...... Rupa-rupanya memang tiada, nasib baiklah laptopku bawa sendiri. Terus kucapai dan menyediakan lagu-lagu yang diperlukan. Kami memulakan persembahan dengan lagu medley dan berhenti pada jam 7.10 malam.

  

  

Jam 7.50 malam kami memulakan semula persembahan sementara menanti mempelai tiba. Jam 8.10 malam kami dimaklumkan bahawa mempelai sudah berada di hadapan dewan dan kami memulakan iringan dengan lagu Beautiful in White. Permintaan tuan rumah untuk iring pemgantin hari ini.


Seperti biasa membuat persembahan di hadapan pengantin sebekum doa dibacakan dan kemudian meneruskan persembahand di atas pentas. Hari ini kami kuasai dewan dengan alunan angklung. Kami ringi mempelai memotong kek dengan lagu Kaulah Segalanya dan salam restu dengan lagu Renjis Dipilis secara live. Kami menutup tirai persembahan dengan lagu Poco Poco. Alhamdulillah respon dari tuan rumah sangat memberangsangkan dan ramai yang bertanyakan di mana tuan rumah jumpa kami. Hahahaha...lawak sungguh. Terima kasih tuan rumah, bekalkan kami dengan pelbagai barangan dan makanan sebelum balik.

  

  







No comments:

Post a Comment