Saturday, 10 March 2018

Walimatulurus Hafiz dan Sakinah

Cikgu Elsa menghantar message menyatakan hari ini tak dapat nak bantu untuk membawa anak-anak angklung ke majlis perkahwinan di seksyen 23, maka ligat kepala berjalan mencari jalan untuk memudahkan urusan pagi ini. Apa-apa hal pun 4 orang pertama tiba dahulu aku hantar ke sana. Yang menjadi mangsa....Ainaa, Farah, Veronica dan Farid. Destinasi sebenarnya taklah jauh sangat dari sekolah maka tidak membebankan sangat keadaan ini. Jam 10.00 pagi semua anak-anak angklung sudah diangkut ke dewan. Uncle Sam seperti biasa banyak membantu perjalanan majlis menguruskan rehearsal mengiringi pengantin hari ini. Secara tidak langsung menjadi drebar juga pagi ini. Terima kasih Uncle Sam.


Siap membuat latihan dan persiapan anak-anak angklung bersiap-siap di belakang dewan sementara lelaki di luar dewan memakai samping. Ikatan cara baharu hari ini memandangkan Riezwan dan Ehsan tak muat nak buat ikat Jumaat.


Kemudian acara makan-makan. Cikgu CT bergerak ke majlis perkahwinan kawannya terlebih dahulu. Aku duduk makan dengan Uncle Sam. Banyak juga aku makan hari ini siap minum teh tarik dan makan tiga keping kuih lagi. Jam 11.50 pagi kami memulakan persembahan beberapa lagu sebelum bersedia mengiringi mempelai.

 

Jam 12.30 tengahari, pasangan penganti pun tiba dan kami menanti di hadapan dewan. Sempoi jer mempelai. 

  

Selesai mengiringi, kami bersedia untuk majlis merenjis pula......Farid diuji sekali lagi untuk memukul gendang anaknya.


Mempelai diiring turun dengan lagu Tari Bunga Rampai dan beberapa lagu lain semasa makan beradap. Acara memotong kek kami iring mempelai dengan lagu Perfect. Meneruskan lagi ayunan angklung selepas rehat seketika dan akhirnya kami menutup persembahan dengan lagu Poco Poco.


Sebenarnya aku terlalu letih nak bercerita banyak hari ini. Sekadar menulis agar tidak terlepas pandang aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab. Bila terlepas sahaja pasti akan tertinggal untuk dicatatkan dalam blog ni. Memang kena cari penulis blog di kalangan anak-anak angklung. 


No comments:

Post a Comment