Wednesday, 7 March 2018

Mesyuarat Majlis Makan Malam Semarak Perjuangan

Hari ini bersama-sama Cikgu CT menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur, kota yang penuuh dengan cabaran, untuk menghadiri mesyuarat khas. Perjalanan mengambil masa hanya 35 minit sahaja. Perjalanan berjalan lancar tiada gangguan kesesakkan lalu lintas. Terus naik ke bangunan GPMS.....kerja-kerja membaik pulih jalan pula sedang dilaksanakan. terpaksalah emmakirkan kenderaan di luar kawasan. Menapak naik ke atas dan kemudian masuk ke dalam banglo tersebut. rasa was-was juga takut salah tempat. Tapi dalam hati kata pasti inii tempatnya sebab Luan Liza beritahu bangunan GPMS bangunan banglo sebiji. Terus menghubungi Puan Liza untuk confirmkan tempat. Ya, betul. lepak sebentar di ruang solat dan kemudian naik ke atas untuk memulakan mesyuarat. Kehadiran Encik Abu Bakar, ketua Protokol banyak memberi pengalaman baru kepada aku dan Siti. Saling bertukar-tukar idea dan pandangan. Banyak yang dapat dipelajari dalam mesyuarat hari ini. Jam 5.00 petang aku dan Siti beransur pulang ke Shah Alam setelah mendapatkan dan juga memberi beberapa pandangan tentang persembahan nanti. Pasti tarikh persembahan pada 28 April di Hotel Oriental Mandarin yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Suria KLCC. Masalah kami sekarang....nak cari baju...nak cari baju.....nak cari bajet...nak cari bajet....PIBG boleh bantu?

 

 

Cenderamata dari GPMS

No comments:

Post a Comment