Wednesday, 28 March 2018

Arts Clinic - Menonton Proses Open Practise Drum & Tabla

Menuju ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di Tanjung Malim bersama-sama Uncle Sam dan Cikgu Siti. Perjalanan hanya mengambil masa satu jam sahaja. Kami bertolak padapukul 5 petang dan sampai pada jam 6 petang. Sebenarnya kami ingin membawa 20 orang nak-anak angklung bersama-sama namun perjalanan balik lewat malam maka Pengetua tidak membenarkannya. Tidak menuruti SOP KPM katanya. Maka itulah hanya kami bertiga sahaja menghadiri bengkel ini. Singgah di kedai makan untuk menikmati Cappucino sementara menanti bengkel bermula. Jam 7.45 bertolak semula ke UPSI dan solat Maghrib di sana. Setelah puas bertanyakan lokasi tempat akhirnya kami sampai juga ke Blok A yang terletak di Bangunan HEPA dahulu dan sekarang menjadi studio muzik. Aktiviti berlangsung lebih kurang 3 jam dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam dengan dihidangkan supper roti canai Tanjung Malim. Terima kasih kepada semua ....kami dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan.


 

 



No comments:

Post a Comment