Sunday, 27 August 2017

Ekspo Jom Kahwin 2

Group B sekali lagi harus bergerak ke Wangsawalk Mall untuk persembahan di Ekspo Jom Kahwin. Tentu mereka masih merasai kepenatan persembahan di Melaka semalam. Syabas kerana dapat mengharungi cabaran yang getir di sana. Ditimpa hujan, tiada bekalan kuasa, menghiburkan para pengunjung yang tidak henti-henti di muzium serta melayani kerenah big boss. Hari ini Ainul dapat menyertai team. Ain Sofea dan Elisa nyaris-nyaris kami tinggalkan. Baiknya Pak Agos pusing semula untuk mengmabil mereka. Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit. Sajer jer aku bawa pelan-pelan tak urgent sangat.

Alhamdulillah parking ada. Van dan Kia parking bersebelahan. Cikgu CT hari ini tak bawa kereta. Cukup sebuah van dan kereta untuk membawa 15 orang pemain angklung Team B ni. Bergerak menuju ke lobi dan menyusun alatan di belakang pentas. Pesanan penaja....berkumpul semula di pentas pada jam 1.30 untuk membuat persiapan akhir. Mesej daripada Big Boss beliau akan lewat sedikit hari ini.

Berselipar jer ko Azrul?

Lepas gian..kecik-kecik tak dapat naik

Membuat persiapan akhir
Jam 2.00 petang tepat kami memulakan persembahan dengan lagu pertama Dikir Puteri. Cikgu CT merakamkan aksi-aksi di bahagian depan pentas sementara aku pi naik tingkat satu mall untuk mendengar dan merakamkan aksi-aksi anak-anak angklung di bawah.




Kami akhiri persembahan dengan lagu How Do You Do/Kanikuly/Jomblo Happy....rancak sket. Siap berkemas kami makan nasi yang dibekalkan oleh penganjur ekspo. Alhamdulillah....pulang ke Shah Alam dengan penuh kepuasan dengan persembahan yang diberikan oleh anak-anak angklung tadi. Terima kasih daun keladi kepada penganjur moga kami dijemput lagi di lain-lain pameran nanti.



Saturday, 26 August 2017

Pengalaman di Melaka......Muzium Kapalselam

26 Ogos 2017, hari yang amat mendebarkan jiwaku.....Cikgu CT. Sebab apa? Hari ni aku akan bertolak ke Melaka, tanpa Cikgu Ena Lazim di sisi.  6.30 pagi berkumpul di Pondok iThink SMK TSM, Cikgu Ena awal-awal lagi dah sampai. Alhamdulillah, anak-anak Angklung Wariseni dah menunggu.  Pak Agus sampai 5 minit lewat.  OK lah, tak lari banyak. Hujan mulai turun, lagilah berdebar.
Kami bertolak menuju ke Muzium Kapal Selam, Klebang Melaka, dengan membawa pesanan demi pesanan dari Cikgu Ena Lazim. Tahu sangat, dia risau nak melepaskan kami…kerana beliau seorang perfectionist. Tapi apakan daya, dia terpaksa uruskan show di Bukit Jelutong. Show di Melaka atas jemputan PERZIM. Hujan mula turun dengan lebatnya. Uncle Sam, berjanji akan tunggu di sana.  Sampai sahaja kami di Pedas – Linggi, Uncle Sam call, dia lewat, baru di Dengkil. Hujan membataskan beliau untuk drive.  Lagi lah dup dap..dup dap. 8.20 pagi tiba di Muzium Kapal Selam. Tiada sesiapa. Ambil keputusan mencari sarapan pagi di gerai tepi laut tapi, tiada gerai yang beroperasi di pagi hari. Bergambar jap, hantar laporan kat cikgu Ena Lazim, dia respon “Alhamdulillah”.


Bergerak ke kawasan sekitar mencari sarapan. Singgah di gerai nasi lemak. Nasi lemak agak special di diserve bersama sayur kangkung dan papadom….sedap. Selesai sarapan, terus bergerak ke Muzium Kapal Selam. Alhamdulillah, Uncle Sam telah menunggu kami di pakir kereta.

Nasi lemak buah bidara...
Cuaca semakin gelap, hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Selesai menyusun alatan, hujan mula turun dengan lebatnya. Tempias.  11 pagi, di beritahu ‘power’ tak ada.  Aduhh…macamana nie.  Uncle Sam mengarahkan Alif mengambil extention wire dari bonet kereta.  Alif berlari di dalam hujan renyai-renyai…. Pelancong dari Kelantan mulai memenuhi ruang. PA sistem belum berfungsi.  Uncle Sam mengambil keputusan mengajar anak-anak pelancong cara bermain angklung tanpa muzik.

Lebih kurang 30 minit, masalah telah diatasi.  Uncle Sam minta lagu track 6 dimainkan terlebih dahulu…. Anak-anak Angklung Wariseni bermain angklung bersama anak-anak pelancong dari Kelantan. Selesai semuanya, kami mula bermain mengikut lagu yang telah dirancang oleh cikgu Ena, Sekali lagi Uncle Sam meminta kami mainkan lagu mengikut pelancong yang datang.  Hujan masih turun dengan lebatnya.  Titis-titis air hujan mula membasahi skor lagu.  Cikgu Siti mengedarkan tisu.  Pelancong datang bersilih ganti.  Kami tetap setia bermain setiap lagu yang di pinta oleh Uncle Sam.





Pukul 1.00 tengah hari, Y.Bhg Datuk Haji Khamis bin Haji Abas , Pengurus Besar Perzim hadir untuk melihat sendiri persembahan Angklung Wariseni.  Alhamdulillah, beliau sangat berpuas hati. Kami akan dipanggil lagi untuk membuat persembahan pada bulan Oktober nanti.


Nukilan :
Cikgu Siti Raxkina
28 Ogos 2017

Majlis Perkahwinan di Bukit Jelutong

26 Ogos 2017, dua kumpulan bergerak serentak ke destinasi masing-masing. Aku ke Bukit Jelutong sementara Cikgu Siti membawa kumpulan B ke Melaka. Mereka bertolak lebih awal daripada kami. Jam 10.00 pagi kami bertolak dengan menggunakan 3 buah kereta oleh kerana van digunakan untuk ke Melaka. Perjalanan kami hanya mengambil masa yang singkat sahaja. Cikgu Elsa sebagai panduan. Hari ini kami akan memainkan lagu-lagu yang dipinta oleh tuan rumah. Membuat persiapan sebaik sahaja kami tiba di rumah pengantin dan makan setelah siap.



Lambat kami memulakan persembahan di sini oleh kerana hari hujan dan orang yang mengendalikan sistem tidak dapat memasang peralatan lebih awal. Hanya beberapa lagu yang dapat kami mainkan dan kemudian kami terus mengiringi pengantin ke pelamin.



Meneruskan persembahan semasa pengantin di atas pelamin dengan lagu renjis dipilis sewaktu salam restu dan kemudian memainkan lagu-lagu pilihan keluarga pengantin. Alhamdulillah para tetamu yang hadir turut terhibur dengan persembahan hari ini.



Tetamu mula berkurangan dan tibalah masanya kami untuk mengundurkan diri. Cikgu Elsa sekali lagi membantu kami untuk pulang ke sekolah. Terima kasih kerana sudi menjemput kami.


Friday, 25 August 2017

Ekspo Jom Kahwin

Berbekalkan 12 orang pemain angklung hari ini. Hanya dua orang pemain tingkatan satu yang terlibat dalam kumpulan A hari ini. Tahniah Veronika Bakak dan Aslinda. Perubahan yang amat ketara daripada anda berdua. Tahniah! Teruskan usaha anda hingga ke peringkat antarabangsa. Jam 12.15 minit bertolak ke Wangsawalk Mall setelah menanti Cikgu Siti mengambil CD  Ada plak tak bagi masuk amek. Adoi...kan dah lambat bertolak. Tiba di sana jam 1.15 petang dan terus ke lobi utama. Disambut oleh staf dengan mesra. Kami ronda-ronda dahulu sebelum membuat persediaan. Berjanji dengan anak-anak angklung berkumpul semula jam 2.30 petang. Aku dan Cikgu Siti bershopping plak...konon nak jimat duit...tup tup beli pakaian baru untuk anak-anak angklung.




Jam 3.00 petang memulakan persembahan dengan lagu Selamat Datang. Lagu yang dipopularkan oleh M.Daud Kilau. Hampir 40 minit bermain di sini kami berpindah tempat pula di tempat lain dalam mall. Habis 20 lagu kami mainkan di sini. Ditambah pula dengan permintaan lagu daripada para pengunjung. Alhamdulillah....semua berjalan  lancar. Nantikan kami pada hari Ahad ini 27 Ogos kami akan di sini sekali lagi pada jam 2.00 petang. Sesiapa yang nak booking untuk persembahan di majlis-majlis bolehlah datang ke sini sebelum jadual dipenuhi. 



Jam 5.30 petang  bertolak pulang ke Shah Alam. Jalan jem gegiler....hampir pukul 7.00 malam kami tiba di sini. Alhamdulillah....repacking untuk persembahan esok pula iaitu Kumpulan A akan ke Bukit Jelutong dan Kumpulan B akan ke Melaka untuk membuat persembahan di Muzium Kapalselam. Jumpa anda semua di sana...sana...sana.......!


Tuesday, 8 August 2017

Malaysia Children National Choral Festival 2017

Bertempat di Anjung Sri Budiman, kelab akan menunjukkan kemahiran bermain angklung di hadapan para peserta festival waktu makan tengahari nanti. Setelah tawaf UiTM sekali pusing dan memakirkan kereta ditebing bukit, anak-anak angklung menuju ke tempat persembahan. Kami disambut oleg Madam Ong yang mengetuai aktiviti hari ini. Setelah perbincangan dibuat maka kami akan memulakan persembahan terlebih dahulu memandangkan kami perlu menyusun pperalatan di atas pentas.  Terus peluang ini digunakan untuk membuat sound check menggunakan laptop yang kubawa. Nasib baik, jika tidak tiada persembahan hari ini.




Setelah persiapan dibuat maka seperti biasa anak-anak angklung memulakan aksi makeup-makeup. Bahan solekan aku dah tinggal ciput jer tu. Nak kena tambah dah. Peti solek kan main besarnya. Itupun Cikgu Siti yang beri. 



Then makan time. Cukup-cukup sahaja untuk 18 orang anak angklung yang kubawa hari ini. Cikgunya.....kena cari makanan sendiri. Sorry la kekawan. Nak bagi peluang pada anak-anak angklung untuk menimba pengalaman kat sini, so cikgu-cikgu terpaksa berkorban segalanya. Demi mereka kita sanggup buat....kan...kan...kan....Sementara menanti peserta masuk ke  dewan makan kami layan diri dengan memainkan lagu-lagu yang tidak akan kami mainkan nanti untuk memenuhi ruang masa.




Aku....hari ini duduk di konti. Mengawal persembahan dalam dewan. Disebabkan laptop aku sendiri yang digunakan dalam persembahan nanti. Pakcik PA system tu pun beri kepercayaan kat aku untuk handle sistem bunyi dalam tu. Berkemahirankah aku? Biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya.......


Memulakan persembahan dengan lagu Dikir Puteri, diikuti seterusnya dengan lagu Koo Kad, Sway, Subaru dan diakhiri dengan lagu Kanikuly (How Do You Do/Jomblo Happy). Setelah selesai semua persembahan aku menutup tirai dengan lagu Champa Muang Lao mengiringi para peserta ke dewan semula. Tinggal aku, Uncle Sam dan 9 orang anak angklung. Hujan telah reda, kami mengundurkan kereta untuk keluar dari UiTM ini. Selamat tinggal....moga kita jumpa lagi di lain kali dan lain persembahan.


Monday, 7 August 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Hari Kokurikulum Bersepadu

Hari Isnin 7 Ogos 2017. Hari yang ditunggu-tunggu. Majlis penyampaian hadiah untuk Hari Kokurikulum Bersepadu sekolah. Kelab Angklung kali ini telah menghantar penyertaan di beberapa pertandingan selain daripada membuka gerai menjual barang-barang second hand. Dalam pertandingan memasak kelab mendapat tempat ketiga. Tahniah. Sementara congkak mendapat tempat kedua. Dam juga mendapat tempat kedua. Anugerah buku laporan terbaik dan papan kenyataan terbaik juga dirangkul oleh KElab Angklung Wariseni. Juara bertahan selama 3 tahun berturut-turut. Tahniah kepada semua. Tahun depan kita akan cuba meraih sebanyak mungkin anugerah ya.

Papan Info Terbaik 2017

Laporan Aktiviti Terbaik 2017

Tempat ketiga - Pertandingan Memasak (Sesi Pagi dan Petang)

Saiful (Tempat Kedua) - Rekacipta (Sesi Petang)

Nadia (Tempat Kedua) - Congkak (Sesi Petang)
Fatihah (Congkak) - Sesi Pagi

Muhamad Fazli (Dam) - Sesi Pagi

Sunday, 6 August 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 22 SK Sri Kelana

6 Ogos 2017...kami menempatkan persembahan di Stadium Matshusita Panasonic Seksyen 21, Shah Alam. Berbekalkan 14 orang ahli senior dan membawa lagu yang dimedleykan iaitu Dikir Puteri dan My Heart Will Go On. 7.00 pagi kami sudah berada di stadium dan membuat rehearsal untuk persembahan serta memanaskan badan sebelum memulakan persembahan.


Kemudian kami bersiap-siap. Beg solek kami tak bawa jadi bahan solek Cikgu Siti Raxkina yang menjadi tumpuan beserta cerminnya sekali. Makan time! Breakfast roti dan air kotak sahaja pagi ini. Alhamdulillah, syukur untuk alas perut pagi ini.



Lepak di tempat duduk sementara menanti waktu persembahan. Panas ang, ang....lit, lit kat orang Kedah nooo, namun kami setia menanti di tempat duduk. Ucapan demi ucapan diperdengarkan dan akhirnya ucapan perasmian yang kami nanti-nantikan.



Sebaik sahaja ikrar sukan dibacakan kami membuat persiapan untuk persembahan dan memulakannya sebaik sahaja emcee mengumumkan setelah kami bersedia.




Selesai sahaja persembahan kami terus ke belakang, berkemas dan makan lagi. Nasi lemak dan air mineral pula. Selesai mengisi perut kami mula mengundurkan diri dari stadium dan pulang ke sekolah. Insyallah, kami akan hadiri sekali lagi untuk majlis yang lain untuk sekolah ini. Nantikan kemunculan kami dan jangan serik ya!