Arshad, Syakinah dan Hakimi tidak menghadirkan diri di hari persembahan berlangsung. Apa masalah mereka? Tidakkah mereka tahu hari berlangsungnya persembahan sangat penting? Perlu lebih didikan disiplin kepada anak-anak ini. Walau bagaimnapun persembahan tidak tergugat malahan bertambah mantap. Para senior bekerjasama menyiapkan adik-adik yang baharu sahaja belajar bersolek pagi ini. Kerjasama yang sangat bagus.
Setelah membuat susunan sambutan kami berposing untuk ke sekian kalinya beramai-ramai.
Jam8.30 pagi kami memulakan ayunan dengan lagu Selamat Datang meraikan kehadiran VIP yang diundang untuk merasmikan majlis pagi ini. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagi Negaraku diikuti bacaan doa. Tuan Haji Aznan, Pengetua SMK Taman Sri Muda memulakan bicara dan kemudia diikuti dengan PA Dato Kamaruzzaman. Beliau seterusnya merasmikan majlis dan kami menyambut dengan lagu You Raise Me Up dan How Do Yo Do.
Alhamdulillah persembahan berjalan dengan lancar. Aku cukup berpuas hati. Anak-anak angklung ku arahkan berkemas dan menyimpan alatan bahan dan pakaian di dalam bilik angklung. Terima kasih semua atas kerjasama!
No comments:
Post a Comment