Saturday, 29 April 2017

Busking di Menara Taming Sari Day 2

Jam 10.45 pagi beransur ke Menara Taming Sari. Kami makan dulu dan kemudian jam 11.00 membuat persiapan untuk memulakan persembahan di hadapan menara ini sekali lagi. Agak perlahan persembahan di sini pagi ini. Mungkin para pelancong belum bangun tido.....hahahahaha. Persembahan tetap diteruskan dan petugas tetap melayan kami dengan baik sekali.


Jam 12.30 tengahari kami berehat seketika. Kami berkesempatan untuk menaiki menara sambil bermain angklung di dalamnya. Dua pusingan der......Saiful sampai terlupa skor akibat terlalu gementar dibawa naik ke atas. menjadi bahan lawak kawan-kawan di dalam menara. Macam-macam kerenah anak-anak ini membuatkan hubungan yang terjalin sungguh erat. 4 buah lagu sempat di dendangkan dalam menara ini. 





Pengalaman yang sungguh menarik untuk anak-anak angklung tahun ini di sini. Selesai di menara kulepaskan anak-anak angklung untuk berjalan-jalan sesama mereka di pusat bandar dan berpesan kembali semula ke menara pada jam 3 petang. Kuambil kesempatan ini juga untuk membeli ole-ole untuk rakan-rakan apabila pulang nanti.

Jam 4.00 petang kami memulakan semula aktiviti. Pengunjung come and go. Sekejap ramai sekejap satu dua orang sahaja. Tapi pada pengakhir persembahan kami mendapat tontonan daripada murid-murid dari negeri Pahang. Sempat juga memberi tunjuk ajar kepada anak-anak ini cara-cara bermain angklung.





Jam 6.30 petang mengucap selamat tinggal kepada menara dan petugasnya. Terima kasih kerana mengundang kami. Jangan serik untuk panggil kami lagi ya.

No comments:

Post a Comment