Saturday, 29 April 2017

Asam Pedas Claypot

Sebelum berangkat pulang, singgah di kedai makan Asam Pedas Claypot di pantai Klebang. Memang terkenal asam pedas di sini. Dah lama aku idam nak makan asam pedas telor ikan. Alhamdulillah tercapai hasrat malam ini. Ala kadar sahaja makan malam hari ini namun mengenyangkan. Pak Aji tak makan pula hanya minum Lai Chee Kang panas. Uncle Sam seperti biasa makan bertambah.Seleranya memang besar malam ni. Terima kasih kepada tokey restoran. Menaja minuman kami malam ini.




Selesai makan kami bertolak pulang ke Shah Alam melalui Alor Gajah. Waze menghalakan kami ke sana. Maybe tol Ayer Keroh jem. Alhamdulillah 10.30 malam kami selamat tiba di sekolah. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang terlibat 2 hari ini. Tahniah dan syabas di atas kesungguhan anda semua. Semoga usaha kita untuk ke Bandung menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment