Lama sangat aku tidak update blog. Sibuk dengan tugasan seorang guru. Tangan dah macam sotong untuk siapkan pelbagai kerja yang diamanahkan. Ditambah pula dengan kerenah ibu bapa yang sentiasa tidak puas hati dengan GURU. Alahamdulillah, walau apa yang terjadi aku tetap teguh berdiri sebagai seorang GURU. Kembali kepada laporan persembahan. Tahun ini kami diberi kesempatan untuk mempamerkan kebitaraan sekolah kami dalam sambutan hari guru kali ini. Pelbagai persiapan telah disediakan oleh guru-guru penasihat kelab. 24 Mei aku, Cikgu Elsa dan Cikgu Salina ke Dewan D, MAEPS untuk menyiapkan booth pameran kami. Berbekalkan 4 anak bujang aku Fazli, Amir, Faris dan Alif. Pembantu setia...tetap berdiri teguh dibelakang aku walau apa yang terjadi. Syabas anak-anakku!
Setelah siap posing sekali lagi. Tunggu MAEPS, kami akan gegarkan dewan ini dengan alunan angklung dan jidur untuk menyambut ke tibaan VIP dan VVIP. Lokasi booth kami amat bertepatan sekali. Betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk ke Dewan D ini. Terima kasih kepada PPD Petaling Perdana kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.
No comments:
Post a Comment