Aku terpaksa mengundur ke belakang untuk mengambil Fazli yang lambat sampai. Jalan sudah mulai jem. Kebimbangan melanda aku.Uncle Sam, Cikgu Elsa dan Cikgu Salina telah bertolak tepat jam 6.30 pagi. Alhamdulillah lepas sahaja tol Puchong jalan mulai selesa. Sampai sahaja di parkir kereta aku terus menghubungi Cikgu Salina untuk mengambil barang-barang di dalam kereta aku. Hamboi...macam nak gi shopping plak bebudak ini berjalan. Bila disergah baharulah gear berubah, Macam-macam peel budak-budak ni.
Sarapan pagi tak nampak lagi. Bebudak kuarahkan bersiap-siap mendandankan diri di bahagian belakang dewan sambil aku dan cikgu-cikgu lain membuat sedikit touchup pada booth kami. Sempat merakamkan kenangan sebagai kembar 3 walaupun tak sempat meraikannya di sekolah. Pengetua pula sempat ber'wefie' dengan anak-anak angklung.
8.30 pagi pemain solo pertama Fazli memulakan gemersik angklungnya. 3 buah lagu yang didendangkan iaitu Her Ri Jun Zai Lai, Cant Help Falling in Love dan Aidilfitri. Lembutnya ayunan angklung anak ini. Berkat latihan yang dibuat setiap hari. Syukur.
Alif pula mengambil alih persembahan solo. 3 lagu juga didendangkan oleh anak muda ini iaitu lagu My Way, Kaulah Segalanya dan My Heart Will Go On. Persembahan diteruskan dengan angklung ensemble pula. Kali ini aku tidak merakamkan sangat persembahan mereka. Alahamdulillah semuanya berjalan lancar.
Ketibaan tokoh guru kami sambut dengan lagu Inang Cina dengan paluan jidur. Kemudian VVIP yang dinanti-nantikan dengan lagu Selamat Datang. Santai sahaja persembahan kami. Sebaik sahaja VVIP masuk ke dewan kami pun melabuhkan angklung untuk berehat. Jam 11.00 baharu kami bersarapan pagi. Jitu sungguh semangat anak-anak angklung. Bangga aku!
Fazli dan Alif - pemain solo kebanggaan kelab |
Booth kami menerima lawatan daripada pelbagai pihak. Buku tetamu kami dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada para pelawat yang hadir di booth kami.
Selesai makan Herianto, Riezwan, Amir dan Faris mengikut Uncle Sam pulang dengan membawa stand dan jidur. Uncle Sam harus ke destinasi lain pula. Oleh kerana kenderaan kamii terhad, mereka terpaksa pulang terlebih dahulu. Selepas selesai makan tengahari dan VVIP berangkat pulang, kami mula mengemaskan barang-barang dan beransur pulang ke Shah Alam.
No comments:
Post a Comment