Jam 3.oo petang berbekalkan 17 orang anak-anak angklung memulakan perjalanan ke Alamanda, Putrajaya. Sesampai sahaja di Alamanda terus menyiapkan peralatan dan bersedia untuk persembahan.
Jam 4. 55 petang memulakan saound check dan terus membuat persembahan. Peruntukkan masa hanya 20 minit sahaja. Tak mencabar kata Amir. Kebiasaannya kami akan membuat 2 sesi persembahan iaitu sebelum dan selepas iftar. Namun tahun ini kami hanya membuat sekali sahaja. Alhamdulillah....di bulan puasa. Ringan sedikit tugasan kami.
Jam 5.40 petang kami beransur pulang ke Shah Alam. Alhamdulillah selamat sampai di sekolah pada pukul 6.31 petang. Anak-anak sempat berbuka di rumah dan solat terawih. Jumpa lagi Alamanda pada 9 June nanti.
No comments:
Post a Comment