Sunday, 11 June 2017

Indahnya Aidilfitri - The Starling (The Mall in a Park)

Bertolak ke Damansara dengan 2 orang pemain junior iaitu Shakil dan Aslinda. Bimbang juga Aslinda tidak hadir namun dah berada di sekolah bila aku sampai di sana. Jam 1.00 petang bertolak ke Starling dan terus memakirkan di Valet parking. Almaklum kereta besar-besar belaka tak lulus nak masuk parking biasa. mengarahkan anak-anak angklung menunaikan solat zohor sebelum menghiaskan diri sementara aku meronda mall. Jam 2.15 petang anak-anak angklung bersiap-siaga dengan mendandan diri sementara menanti persembahan dikir barat selesai.



Jam 3.00 petang menyediakan alatan di atas pentas. Seramai 20 orang anak angklung membuat persembahan di sini hari ini. Sebanyak tujuh stand digunakan. Pelbagai pesanan penaja diberikan kepada Aslinda agar tidak gugup semasa persembahan. Jam 3.30 petang gemersik angklung bergema di Starling. Setiap lagu yang didendangkan mendapat tepukan para tetamu yang hadir terutamanya lagu-lagu cina. Tahniah anak-anak angklung untuk persembahan mantap hari ini.






Pulang ke Shah Alam dengna penuh kepuasan. Memang mencabar hari ini. Selalunya tak sampai setengah jam kami bermain tapi pada hari ini hampir satu jam kami berdiri untuk menghiburkan pengunjung yang hadir di pusat beli-belah di sini. Terima kasih kepada Starling kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menghiburkan mereka.

No comments:

Post a Comment