Sunday, 26 March 2017

Majlis Perkahwinan Selangor vs Perak

Menjemput Alif Haiqal yang lambat bangun pagi hari  ini di Lembayung. Amboi...amboi...amboi (bak lagu Altimet). Terus menuju ke Kampung Sri Aman Luar di Puchong. Ikut waze yang telah di order. Eh, eh...ke mana aku dibawa neh. Last-last guna juga location yang disend Fatin...baharulah sampai. Heekeleeh.....dokek yo...berposing-posing kami dibueknyo waze neh. Alhamdulillah. Terus set angklung dan bersiap-siap untuk persembahan.


Jam 12.30 baharu pengantin diiring ke pelamin. Lalu kami makan dulu. Selepas makan kami buat sedikit latihan untuk mengiringi pengantin.


Jam 11.55 pagi kami memulakan persembahan santai sementara menanti jam 12.30. Bergambar dulu sebelum angklung digoyang.


Terpegun tetamu yang hadir. Kagum dengan alunan merdu angklung. Mereka tidak pernah mendengar alunan angklung secara live begini dan ada yang pertama kali mendengar alunan angklung. Waduh....bangga kami!


Tepat jam 12.30 mempelai diiringi di tengah-tengah jalanraya. 1st time iring pengantin tengah jalan.





Sewaktu makan beradab, kami meneruskan alunan angklung kami sehinggalah azan zohor hendak berkumandang baharu kami berhenti sebentar. Selepas itu persembahan kami berselang-seli dengan karaoke. 



Sempat juga mengiringi mempelai ke meja kek untuk upacara memotong kek.


Sebelum mengakhiri persembahan kami alunan lagu-lagu pilihan tuan rumah. Semoga mereka terhibur dengan persembahan kami. Bergambar dengan mempelai sebelum pulang ke rumah sebagai kenangan. Sempoi jer pengantin.


Pulang ke rumah dengan bekalan dari rumah pengantin. Alhamdulillah.....terima kasih daun keladi, nanti jemput kami lagi.


No comments:

Post a Comment