Menuju ke Sunway Pyramid....ada persembahan di sana? Hahahaha.....kami akan tengok persembahan di sana...tengok movie cerita The Conjuring. Pak Ariffin subahat bersama-sama kami hari ini. Semasa membeli tiket adik tiket tu beritahu...filem ni tuk 18 tahun ke atas ya...memang mereka 18 tahun ke atas, dengan yakinnya meyakinkan tukang jual tiket tu. Lepas weh!
Jam 11.50 pagi masuk ke teater no.3...laju jer mereka berjalan. Sempat lagi shooting dalam teater sebelum movie bermula.
Kata 2 jam 20 minit....tak sampai 2 jam dah habis. Pukul 2.00 petang kami bertolak ke Alamanda. Jalan seslow yang mungkin. Tak mahu tiba terlalu awal di sana. Tapi...kami tiba awal juga. Anak-anak angklung dilepaskan dan diarahkan berkumpul jam 5.00 petang di parkir kereta untuk mengambil baju dan menyalin pakaian. Aku masuk kereta dan tidur sebentar........ZZZZZZZZZ!
Jam 5.00 petang budak-budak mula bersiap-siap. Uncle Sam tiba dengan senyum simpulnya. Hari ini kami akan memainkan satu lagu Hindi bertajuk Kal Ho Na Ho.
Setelah bertungkus lumus melumuskan muka dengan makeup, anak-anak angklung naik ke pentas untuk memulakan persembahan.
Selesai persembahan kami bergerak ke Restoran Ayam Mas, hari ini kami berbuka di sana.
Sempat juga belikan donat tuk budak-budak ni.
Jam 8.15 anak-anak angklung diingatkan untuk berkumpul semula. Setelah bersiap sedia mereka pun memulakan persembahan. Kali ini mereka akan berinteraksi dengan pengunjung Alamanda sambil memberikan duit raya kepada anak-anak kecil.
Selesailah persembahan kami selepas 50 minit berdiri di pentas. Meriah sungguh kali ini. Berkemas semua alatan dan memuatkan ke dalam kereta. Menuju ke seksyen 2 untuk berehat bak seketika dengan ABC special Hanim.
Pak Ariffin dan Uncle Sam menghantar anak-anak angklung pulang ke rumah masing-masing. Aku...terus balik rumahlah setelah memastikan arah van betul ke Sri Muda. Uncle Sam? Kedengaran cerita mereka sesat barat sampai ke Kampung Jawa......bagai.....hualalalala...ajaran sesat tol budak-budak ni! Terima kasih semua....semoga di lain kali kita dapat memberikan persembahan yang lagi baik dan berkualiti.