Tuesday, 27 August 2013

Hari Raya di Auto Bavaria Glenmarie

Kami sampai di Glenmarie jam 3.00 petang. Alhamdulillah, jalan pun tidak sibuk sangat dari PWTC ke Shah Alam. Ikut lebuhraya Jalan Duta. Mula mengeluarkan barang-barang....masuk ke dalam showroom...eh eh Uncle Sam dah sampai, lajunya dia drive.

Setelah barang disusun, anak-anak angklung membuat aktiviti masing-masing.



Tepat jam 3.30 petang kami memulakan persembahan. 8 lagu sahaja dimainkan di sini. Tetamu sudah mula bersedia dengan kamera masing-masing. Sambutan agak hebat juga di showroom Glenmarie ni.




4.00 petang berakhirlah persembahan kami untuk hari ini. Keletihan dan mengantuk. Berkemas dan bersiap untuk ke seksyen 18. Nak ambil gambar group dengan pakaian formal pula. Pinjam selimpang Uncle Sam nak bergaya. TQ Uncle Sam. Jasamu dikenang. Kami akan up kan gambar bila siap nanti ya.

No comments:

Post a Comment