Jam 6.30 pagi mula bergerak ke PWTC...perjalanan hanya mengambil setengah jam sahaja. Jalan clear....tiba di PWTC mencari parking yang hampir dengan pintu masuk, security tak bagi lalu plak dah, terpaksa budak-budak ini mengeluarka alatan dan membawa masuk ke dalam bangunan. Pak Ariffin dan aku kemudian ke bawah bangunan untuk memakirkan kereta.
Di tingkat 4 Dewan Tun Razak majlis makan tengahari akan berlangsung. Sementara menanti dewan makan dibuka pada jam 7.30 pagi aku membeli gelang tembaga dan cenderahati buat anak-anak angklung. Sempat juga berposing depan pintu masuk dewan.
Persekitaran dewan....
Luar dewan ......
7.30 pagi kami turun ke tingkat tiga untuk mengambil sarapan pagi...simple sahaja sarapan mereka namun alhamdulillah boleh mengalas perut kami yang kosong ni.
Bergerak semula ke dewan untuk memulakan briefing dan latihan sebelum persembahan.
Full dress kami semasa persembahan...Aina jadi model...hulalalala...
Jam 11.00 pagi bersiap-siap untuk persembahan. Pukul 12.00 tengahari tetamu jemputan sudah mula membanjiri dewan. Kami turut menikmati hidangan tengahari sambil dihiburkan alunan muzik gamelan Salwa.
Menanti giliran kami membuat persembahan. Sempat juga bergambar dengan beberapa selebriti jemputan dalam majlis ini.
Sebaik sahaja persembahan keyboard daripada pemain OKU selesai, kami naik ke pentas untuk memulakan persembahan.Akhirnya selepas enam jam menanti. Hanya 3 buah lagu sahaja yanng dimainkan.
Selesai sahaja persembahan kami bergegas untuk berkemas ..... mesti sampai ke Glenmarie sebelum 3.30 petang untuk persembahan seterusnya. Selamat tinggal PWTC...Janji tidak ditunaikan! Jangan berjanji kalau tak mampu ya.
No comments:
Post a Comment