Monday, 26 August 2013

Auto Bavaria - Jalan Tun Razak

24 Ogos  2013, persembahan kami di Showroom Auto Bavaria (BMW) di Kuala Lumpur. Jam 2.00 petang di Jalan Tun Razak dan 3.30 petang di Jalan Sungai Besi. Bertolak pada jam 11.00 pagi dari sekolah untuk mengelakkan jem...rupa-rupanya kami tiba terlalu awal ..... nasib baik mereka membenarkan kami berehat di tingkat atas showroom dan menikmati juadah hari raya sambil menonton televisyen.




Tak lama kemudian Uncle Sam pun tiba....kami dah kenyang! Lepak lagi...tetiba staf mereka datang dan mengajak budak-budak ini melakukan aktiviti batik painting.


Jam 1.30 petang, mula bersiap-siap untuk persembahan pada pukul 2.00 petang nanti.


Setelah bersiap, maka kami mula mengambil alatan dan menyusun alatan di hadapan showroom. Pengunjung dan staf mula memandang kumpulan kami. Masing-masing mula teruja....


Kami memulakan persembahan 5 minit lebih awal. Dari satu lagu ke satu lagu....memenuhi masa yang diberikan selama 30 minit.



Sebaik sahaja selesai memainkan lagu terakhir kami segera berkemas untuk ke Jalan Sungai Besi pula.

No comments:

Post a Comment