Tetiba dapat call bertanyakan angklung untuk menyertai satu persembahan diTVi channel Astro 180 pada hari Rabu secara live jam 1.00 petang. Mereka mahukan peserta MKB yang lalu tetapi dikurangkan kepada sepuluh orang sahaja. Tak tahu sangat pasal rancangan Muzik Ekstra ni namun kami pergi juga. Hari Selasa 4 Jun 2013 kami bertolak ke RTM dengan membawa dua buah kereta sahaja. maklum sepuluh orang sahaja. Jam 1.00 tengahari kami makan di kantin RTM.....pukul 2.00 petang makeup dan shooting di studio.
Pukul 3.00 petang bergerak ke studio untuk menjalani latihan. Ahh rupa-rupanya latihan ni sampai malam. Minah tertipu bang.......Layan jer la!
Sebaik sahaja selesai kami pun pulang dan esok kami perlu berada di sini jam 9.00 pagi.
No comments:
Post a Comment