Monday, 24 June 2013

Jungle Trekking & Besday Celebration

Perjanjian termeterai....bebudak dibawa trekking pada pukul 8.00 malam selepas makan. Kereta di pakir dekat dengan surau. Uncle Sam memberikan kata dua kepada anak-anak angklung. Cam menakutkan aje pesanan penaja dari Uncle Sam. bebudak mendengar dengan penuh khusyuk.



Kami pun berderet-deret cam semut masuk ke hutan mengikut denai yang ada bersama torch light masing-masing. Perjalanan kejap ok kejap tersadung akar atau batu...tersangkut kat pohon-pohon yang berjurai...melalui cerun, kekadang kena padamkan lampu dan dengar bunyi-bunyian yang ada dalam hutan....dalam gelap. Apa-apa pun trekking ni telah menarik hatti Ariff yang pada mulanya bermati-matian tak mahu pergi....nak balik bilik dan tidur katanya. Last-last dia yang nak lagi....nak lagi....nak lagi...merengek-rengek kat kaki Uncle Sam. Hahahahahaha......







Selesai aktiviti kami menuju ke gerai tengahari tadi untuk mengambil supper. Uncle Sam yang rancang semua ni. Makan apa? Kami makan sate....ayam dan daging dengan air teh o panas. Malam ni juga kami celebrate anak-anak angklung yang menyambung ulangtahun pada bulan April Mei dan Jun. Uncle Sam yang tempah kek. Thank u uncle!




No comments:

Post a Comment