Monday, 24 June 2013

Perasmian Pertandingan Mengenal Burung

22 Jun 2013 , Jam 7.30 pagi berkumpul di parkir kereta untuk ke bandar mengambil sarapan jam 8.00 pagi. Sampai di tempat yang disediakan, menanti sambil mendengar sedikit ceramah dari Uncle Sam....aturcara majlis dan lgu-lgu yang akan di mainkan nanti. Hari ini memang betul-betul mencabar ketahanan mental dan fizikal anak-anak angklung. Tetapi mujurlah persembahan baiasa kami hanya duduk, goyang-goyangkan badan dan kepala sahaja.



Jadual persembahan kami 10.00-10.30 pagi, 12.00 - 12.30 tengahari, jam 1.00 petang perasmian, pukul 2.00 - 2.30 petang dan yang terakhir untuk petang ini pada pukul 5.00-5.30 petaang.




Untuk majlis perasmian  kami memainkan lagu Angklung Sambutan dan Budi Bahasa Budaya Kita. Lagu-lagu yang lain boleh ditonton di laman YouTube. Just taip Kelab Angklung, Wariseni atau SMK Taman Sri Muda....dapat dah tengok.


Sebahagian dari klip-klip yang ada.

Persembahan terakhir untuk petang ini dikejutkan dengan lagu Selamat Pengantin Baru. Uncle Sam ternampak sepasang pengantin sedang shooting. Terus dipanggilnya aku untuk menyediakan cd minus one lagu pengantin. Terkejar-kejar aku ke kereta. Sempat juga berbicara dengan pengantin suruh mereka duduk di hadapan pentas sebab kami akan mainkan lagu khas untuk mereka. Lagu kedua Kaulah Segalanya ditujukan khas kepada pengantin perempuan oleh pengantin lelaki.




5.30 petang kami  berjalan kaki pulang ke apartment. Tersirna di wajah anak-anak angklung keletihan. Apa-apa pun mereka telah memberikan persembahan yang terbaik, thank you. Tapi......masuk jer rumah, memasing macam cicak putus ekor, tergedik sana, tergedik sini, terjerit sana, terjerit sini. Ingatkan mereka nak tido. Lantaklah....yang penting aku nak mandi, bersihkan diri dulu. Segarkan badan.

7.30 malam mula beredar perlahan-lahan menuju ke pusat bandar sekali lagi untuk persembahan malam. Makan malam bermula jam 8. Selesai makan, bersedia depan pentas bersama Uncle Sam. Tetiba datang boss event bagitau aturcara untuk malam ni. Kami akan mainkan dua buah lagu dahulu dan selebihnya akan dimainkan setelah selesai lain-lain acara. Lagu pilihan......Getaran Jiwa dan Yek Liang.

Sementara menanti giliran tiba, kami di dalam dewan makan....ada yang tido, ada yang dengar lagu...ada tunjuk muka bosan...menyampah pun ada....yang kena bayar dulu pun ada....last-last nak hilangkan semua tu ajak bebudak menari cha-cha kat belakang. Pastu main galah panjang. Punya la lat tali lat tam plom.....udahnya bila start main Sakinah dah kena cuit. Tak pandai main rupanya. Penat pipi ketawa berdekah-dekah malam tu. Hilang ngantuk...hilang bosan buat seketika.

Sila bayar dulu ye!






Entah pukul berapa Uncle Sam panggil kami untuk bersedia. Setelah mengambil tempat lagu dimainkan satu demi satu hinggalah lagu terakhir kami berkumandang. Setelah selesai tetiba DJ bertanya kepada para penonton, nak dengar lagi tak ....penonton pun bersorak. Maka berkumandanglah sekali lagi lagu Poco Poco dengan diringi penari-penari tak bertauliah. Ada sambutan juga.


No comments:

Post a Comment