Sorry...cerita lama ni, tapi belum sempat diupdatekan dalam blog, hari ini baru ada kesempatan. 7 Jun 2013, persembahan di majlis perkahwinan kat seksyen 13. Kawasan perumahan. Pukul 11.00 pagi anak-anak angklung diangkut menggunakan tiga buah kereta termasuk kereta aku. Sampai sahaja di sana setelah meletakkan barang anak-anak angklung diarahkan untuk mengisi perut terlebih dahulu.
Kemudian mereka masuk ke ruang tamu dan bersiap untuk menyambut pengantin lelaki nanti. Makeup time.
Selepas makeup...shooting time!
Kemudian kami lepak di luar....shooting lagi. Kami diberitahu pengantin lelaki akan tiba pada pukul 12.30 tengahari. Maka pada pukul 12.15, kami bergerak ke simpang jalan untuk menanti pengantin. Sempat lagi shooting!
Berpeluh jantan betina.....beranak pinak...dapat cucu...cicit...onit....pengantin tak tiba-tiba gak. Sesiapa tolong beritahu kami apa dah jadi ni? Peluh kering dua tiga round baharulah pengantin tiba.
Kami pun bersedia dengan barisan dan Ika memulakan alunan dengan pukulan jidur. Maka bergemalah seksyen 13 dengan alunan lagu Inang Cina mengiringi pengantin ke rumah.
Mempelai pun duduk atas pelamin....jurukamera pula sibuk suruh anak-anak angklung posing...eh, pengantin kat depan tu...bukan di belakang ni...
Selesai upacara merenjis, maka pengantin pun bergerak ke meja makan untuk upacara makan berdamai/makan beradap kata orang. Giliran angklung bermula semula untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu yang hadir.
Klip-klip video persembahan yang lain boleh ditonton dalam laman YouTube just klik kelab angklung atau wariseni....akan tersenarai pelbagai klip. Pengantin bangun...menuju ke meja kek untuk memotong kek. Kami bersedia untuk memainkan lagu I Cant Stop Loving You semasa pasangan memotong kek nanti.
Lagu terakhir kami...Kenanganku menjadi lagu penutup persembahan pada hari ini. Terima kasih kerana menjemput kami dan goodies yang disediakan untuk anak-anak angklung. Very special. Kepada pengantin, semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
No comments:
Post a Comment