Sunday, 27 October 2024
Majlis Konvokesyen Kemahiran dan Keusahawanan
Saturday, 26 October 2024
Keedsflix : Sport & Family Day
Mendapat jemputan untuk membuat persembahan di dalam aktiviti tadika Keedsflix di Taman Warisan, Taman Tasik Shah Alam. 5 buah lagu kami sediakan untuk event ini iaitu lagu Bintang Kecil, Bapaku Pulang, Shi Shiang Zhi You Mama Hao, Suriram dan You're My Sunshine. Sebaik sahaja selesai persembahan kami bergegas turun pula ke USIM untuk mengambil jubah dan raptai konvokesyen.
Monday, 21 October 2024
Sesi Fotografi 2024 Refleks
Tahun ini kami still memakai tshirt biru kami dan berseluar putih. Ada juga yang hanya memakai iseragam sekolah. Jadilah......tahun ini segalapiala yang kami dapat kami tayangkan di hadapan penggambaran kami. Sajer nak tayang....
Monday, 14 October 2024
Appreciation Luncheon : KWSP Kwasa Damansara
Menuju ke Kwasa Damansara, aku blank sepanjang perjalanan melalui Lebuh raya Guthrie. Ke mana hala kami dibawa oleh google map. Alih-alih nampak terus bangunan KWSP. Bangunan baharu mereka berpindah ke sini. Sangar cantik. Nak masuk pun perlu khidmat staf bukan calang-calang dibenarkan masuk ke dalam bangunan ini. Dewannya apabila dilihat bagaikan dalam hotel. Tak perlu mereka menyewa hotel lain untuk mengadakan majlis-majlis tertentu.
Kami memulakan raptai sebaik sahaja mereka bersedia. Anak=anak tari menyesuaikan diri dengan pentas begitu juga dengan anak-anak angklung. Anak-anak tari juga diberikan tugasan untuk mengiringi CEO ke dalam dewan. Tak sempat aku rakam mereka dah sampai ke meja, sangat laju mereka berjalan katanya. Persembahan pertama dimulakan dengan tarian.
Jamuan makan dimulakan dan kami mengambil tempat untuk memulakan persembahan. Anak-anak tari memulakan tarian dengan lagu Umpan Jinak di Air Tenang dan diikuti dengan persembahan angklung dengan dua buah lagu iaitu Dikir puteri dan Empat Dara. Selesai sahaja persembahan kami ke sudut bergambar untuk kenangan kami di sana. Makanan kami dihidangkan di dalam bilik yang dikhaskan untuk kami. Jam 2.00 petang kami bertolak pulang ditemani teman setia kami Pak Agus.
Saturday, 12 October 2024
HSN, 1M1S & Karnival Kokurikulum
Aktiviti kami kali ini hanya berlangsung di kabin sahaja. Apa tu? Konsert Bakat Seni. Hanya 3 band sahaja yang dipertandingkan iaitu Bogus Band, Seni Anak Muda Band dan Evermost Band. Persembahan selingan pula dipersembahkan oleh anak-anak seni kebudayaan dan anak-anak angklung. Antara persembahan yang menyerikan aktiviti ini ialah tarian India & Cina, nyanyian oleh Fenna, Joananne, Whitney and the Gang, Wayn, Wellen dan macam-macam lagi. Aktiviti kami berjalan lancar walaupun seorang pentadbir tidak datang menjengok kami, hanya Wasiq sahaja yang merakamkan aktiviti kami di belakang ini. Adalah juga kan......rasa macam melukut di tepi gantang pula. Kesian anak-anak seni kami tidak dihargai. Bertabahlah wahai anak-anak.
Monday, 7 October 2024
Kami Syok Sendiri Konsert : Hari Koperasi Sekolah
Latihan demi latihan dibuat untuk memastikan persembahan yang akan dibuat mantap dan menghiburkan. Hari ini adalah harinya...namun sepanjang persiapan banyak dugaan yang harus kami semua hadapi. Persembahan dimulakan dengan nyanyian Wellen dan Wayn dengan lagu yang bertajuk melompat lebih tinggi, disertai dengan lagu Sha Na Na, Singkong dan Keju dan tarian daripada koperator koperasi sekolah. Semasa persembahan terlihat kelibat pentadibir ditingkat satu mengangkat-angkat tangan. Aku tanya kepada CT, mengapa? Oh...bising katanya PdP masih berlangsung, menganggu pelajar di dalam kelas. Makanya, apa yang mampu kami buat? Persembahan berbentuk muzik....kami tiada monitor, bagaimana untuk memperlahankan bingitan alunan muzik.
Kami teruskan persembahan, dan kelibat pentadbir muncul di tepi pentas. Aku perasan sewaktu pentadbir tersebut menoleh ke belakang sambil mengangkat kedua-dua tangan ke atas dengan keras. Apa maksudnya? Ku tanya kepada Cikgu CT, mengapa? Terus aku hentikan persembahan sewaktu mendapat jawapan daripada cikgu CT dan dia pun terus meminta orang-orang pa system menghentikan alunan muzik. Kuarahkan semua peserta yang terlibat bergerak ke kabin. Masing-masing terpinga-pinga.
Di kabin kami jelaskan kepada semua situasi yang berlaku. Memang kecewa sangat dengan tindakan ini tetapi aku rasa.....yang di atas tu boleh fikir dengan waras sebelum majlis berlangsung. Kami sejukkan hati sendiri dengan meneruskan persembahan di kabin. Maka jadilah Kami Syok Sendiri Carnival 2024. Hari ini dalam sejarah.
Wednesday, 2 October 2024
Tulip Stage 4 : Petronas le tour de Langkawi
Event kali ini di bawah urusan En Sam. Perjalanan ke Kuala Kubu Bharu mengambil masa 1 jam 20 minit, jalan tidaklah sesak sangat kerana kami menggunakan lebuhraya. Sesampai di sana kami disambut oleh Uncle Sam dan kemudian bersarapan di kedai makan yang berhampiran. Selesai makan kami bersiap-siap untuk persembahan yang telah ditentukan. Pada mulanya 3 buah lagu yang kami harus dendangkan namun di hujungnya kami hanya memainkan 2 buah lagu sahaja iaitu Saya Anak Malaysia dan Dikir Puteri. Oleh kerana kawasan terbuka makanya dendangan gemersik angklung kami tak berapa kedengaran. Ditambah pula pa system yang kurang memuaskan. Namun anak-anak KAW Team telah memberikan persembahan yang terbaik.
Tuesday, 1 October 2024
Majlis Persaraan Pengetua SMK Puncak Alam 3 : Tuan Haji Aznan bin Kassan
Kali ini kami dijemput sendiri oleh orang yang diraikan. Tetapi disebabkan oleh kekangan masa hanya dua lagu sahaja yang kami dapat penuhi hajatnya iaitu lagu Cindai dan Ayah dan Ibu yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. agu Cindai didendangkan di hadapan tuan haji sendiri bersama-sama lagu Kabhi Kushi Kabhi Gham. 5 buah lagu lagi didendangkan sewaktu majlis santapan berjalan. Selain Ayah dan Ibu lagu Masing-masing, Ketulusan Hati, Tinggal Kenangan dan Laskar Pelangi mendapat sambutan daripada para pelajar sekolah ini. Sebelum berangkat pulang kami ucapkan selamat bersara kepada tuan haji dan mengambil gambar kenangan bersama-samanya.