Monday, 14 October 2024

Appreciation Luncheon : KWSP Kwasa Damansara

 Menuju ke Kwasa Damansara, aku blank sepanjang perjalanan melalui Lebuh raya Guthrie. Ke mana hala kami dibawa oleh google map. Alih-alih nampak terus bangunan KWSP. Bangunan baharu mereka berpindah ke sini. Sangar cantik. Nak masuk pun perlu khidmat staf bukan calang-calang dibenarkan masuk ke dalam bangunan ini. Dewannya apabila dilihat bagaikan dalam hotel. Tak perlu mereka menyewa hotel lain untuk mengadakan majlis-majlis tertentu.


Kami memulakan raptai sebaik sahaja mereka bersedia. Anak=anak tari menyesuaikan diri dengan pentas begitu juga dengan anak-anak angklung. Anak-anak tari juga diberikan tugasan untuk mengiringi CEO ke dalam dewan. Tak sempat aku rakam mereka dah sampai ke meja, sangat laju mereka berjalan katanya. Persembahan pertama dimulakan dengan tarian.

Jamuan makan dimulakan dan kami mengambil tempat untuk memulakan persembahan. Anak-anak tari memulakan tarian dengan lagu Umpan Jinak di Air Tenang dan diikuti dengan persembahan angklung dengan dua buah lagu iaitu Dikir puteri dan Empat Dara. Selesai sahaja persembahan kami ke sudut bergambar untuk kenangan kami di sana. Makanan kami dihidangkan di dalam bilik yang dikhaskan untuk kami. Jam 2.00 petang kami bertolak pulang ditemani teman setia kami Pak Agus.





No comments:

Post a Comment