Monday, 7 October 2024

Kami Syok Sendiri Konsert : Hari Koperasi Sekolah

Latihan demi latihan dibuat untuk memastikan persembahan yang akan dibuat mantap dan menghiburkan. Hari ini adalah harinya...namun sepanjang persiapan banyak dugaan yang harus kami semua hadapi. Persembahan dimulakan dengan nyanyian Wellen dan Wayn dengan lagu yang bertajuk melompat lebih tinggi, disertai dengan lagu Sha Na Na, Singkong dan Keju dan tarian daripada koperator koperasi sekolah. Semasa persembahan terlihat kelibat pentadibir ditingkat satu mengangkat-angkat tangan. Aku tanya kepada CT, mengapa? Oh...bising katanya PdP masih berlangsung, menganggu pelajar di dalam kelas. Makanya, apa yang mampu kami buat? Persembahan berbentuk muzik....kami tiada monitor, bagaimana untuk memperlahankan bingitan alunan muzik.

Kami teruskan persembahan, dan kelibat pentadbir muncul di tepi pentas. Aku perasan sewaktu pentadbir tersebut menoleh ke belakang sambil mengangkat kedua-dua tangan ke atas dengan keras. Apa maksudnya? Ku tanya kepada Cikgu CT, mengapa? Terus aku hentikan persembahan sewaktu mendapat jawapan daripada cikgu CT dan dia pun terus meminta orang-orang pa system menghentikan alunan muzik. Kuarahkan semua peserta yang terlibat bergerak ke kabin. Masing-masing terpinga-pinga.

Di kabin kami jelaskan kepada semua situasi yang berlaku. Memang kecewa sangat dengan tindakan ini tetapi aku rasa.....yang di atas tu boleh fikir dengan waras sebelum majlis berlangsung. Kami sejukkan hati sendiri dengan meneruskan persembahan di kabin. Maka jadilah Kami Syok Sendiri Carnival 2024. Hari ini dalam sejarah.












No comments:

Post a Comment