Thursday, 21 March 2024

Latihan Pelapis 2024 : Day 2

Hari ini aku agak lambat sampai ke sekolah untuk menguruskan hal peribadii terlebih dahulu. Ke Klinik Kesihatan di seksyen 20 dan kemudian ke seksyen 3 untuk mengambil ebook yang dicetak. Tak siap lagi...maka aku kata akan ambil esok sahaja namun rupa-rupanya mereka hantar menggunakan khidmat Lala ke rumah, Baharu nak marah!

Sesampai di kabin kelihatan Farhanis, Wien, Syafiq dan Charonnica mengendalikan kelas pelapis. Syabas kepada mereka kerana dapat mengendalikan mereka dengan baik sekali. Ciri-ciri kepimpinan ditunjukkan oleh mereka pada hari ini. Aku menyambung pengajaran mereka dengan menambah dua buah lagu iaitu Yek Liang Dai Piau Wo De Xin...salah satu lagu wajib mereka tahu dan sebuah lagu raya iaitu Menjelang Hari Raya. Lagu mandarin terpilih untuk mereka memulakan step. Nampaknya cepat juga mereka belajar step dan membaca skor.

Latihan ditamatkan jam 12.00 tengahari dan akan disambung semula pada minggu hadapan seperti biasa setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.



e-Book Terkini : 46 Skor : Hari Raya (Skor Angklung)

 Hangat di pasaran kerana baharu diterbitkan pada bulan Mac 2024. Sila dapatkan salinan anda di sini :





Wednesday, 20 March 2024

Latihan Pelapis 2024

Alhamdulillah kelas hari ini dikendalikan oleh super dupa senior Saiful. Aku menguruskan pendaftaran ahli-ahli baharu sambil-sambil menokok bahan pengajaran Saiful pagi ini. Seperti biasa, lebih ramai ahli perempuan daripada lelaki. Hanya 3 orang sahaja lelaki yang hadir pagi ini. Mungkin selepas puasa akan bertambah ramai sebab selepas itu baharu aktiviti kokurikululm sebenar berjalan. Kelab kami memang menjalankan aktiviti lebih awal daripada persatuan dan kelab yang lain. Maklum, kami perlu melatih pelapis lebih awal memandangkan ahli tingkatan 5 tahun ini akan menghadapi peperiksaan mereka hujung tahun nanti. Cepat sahaja mereka dapat mengayun dan menggemersikkan bunyi angklung di kabin pagi ini. 2 buah lagu yang diajarkan pagi ini ialah Medley Bintang Kecik & Burung Kakaktua sementara satu lagu lagu tema kelab iaitu Angklung Wariseni.




Thursday, 14 March 2024

Program Minggu Suai Kenal Sesi Pagi & Petang : Kokurikulum

14 Mac 2024, Cikgu CT Raxkina memainkan peranan utama sebagai pengenalan kelab kepada seluruh warga SMKTSM sesi pagi dan petang. 27 keping slide disediakan untuk tujuan ini dan ada yang diterangkan dengan panjang lebar oleh Cikgu CT. Sesi pagi kami memperkenalkan kelab kepada warga SMKTSM sementara di sesi petang kami gabungkan dengan Seni Kebudayaan. Di sesi pagi kai tidak mengedarkan borang keahlian hanya di sesi petang sahaja. Lagu yang digemersikkan dengan angklung ialah lagu Zapin Berkasih, Embun Sok Sek, Ramadan dan Ramadhan Tiba. Sempat juga bergambar dengan pegawai PPD pagi tadi.



Wednesday, 6 March 2024

WCB Womans Day Hi Tea : Royal Bedouin

Persembahan kali ini unik sedikit. Buat pertama kalinya kami membawa 4 orang ahli untuk menggemersikkan angklung di sini. Amar, Syafiq, Farhanis dan Shaqila memainkan peranan penting hari ini di sini. Kami rasa event ini amat mencabar kami oleh kerana kami agak terlewat untuk membuat persiapan persembahan. Maklum skru nak dipasang dan kawasan agak sempit. Dua tiga kali kami beralih tempat untuk keselesaan para pemain.

Kami memulakan aksi dengan gimik lagu Wanita yang dinyanyikan oleh Rossa. Nasib tidak menyebelahi kami hari ini, mic tak berbunyi sewaktu memulakan nyanyian. Hancurnya hati kami, tapi para tetamu maklum dengan kesilapan ini. Bunyi angklung sayup-sayup mengiringi nyanyian vokal Farhanis dengan baik sekali.

Kami dapat rehat sebentar dan mengalas perut makan nasi lemak yang dibeli pagi tadi. Setelah itu kami bersedia semula untuk mendendangkan 4 buah lagu lagi semasa mereka makan nanti. Lagu-lagu yang digemersikan adalah Ibu, Woman, Sorga di Telapak Kaki Ibu dan Srikandi Cintaku. Emcee juga tidak menyebelahi persembahan kami. Sewaktu didendangkan emcee sibuk pula nak menyampaikan ucapan dan maklumat. Panjang pula tu penyampaiannya...sehingga pada lagu terakhir aku meminta DJ berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada emcee untuk bercakap.





Kami polanh dengan mengharungi jem yang sangat giler petang tu. Lantas aku minta cikgu CT hanya menurunkan mereka di sekolah dan terus pulang ke rumah masing-masing. Kami terpecah di dalam perjalanan pulang dalam kesesakkan lalu lintas. Aku keluar melalui Subang Jaya sementara cikgu CT meneruskan perjalanan mengikut lebuhraya NKVE.