Tahun ini kumulakan semula pengambilan ujian teori untuk anak-anak angklung setelah lama tidak kujalankan. Sambutan anak-anak angklung dalam ujian ini amat menggalakkan. Mereka studi dan cuba menjawab soalan dengan sebaik mungkin. Pencapaian mereka akan dimaklumkan dalam Hari Apresiasi Seni nanti,
Friday, 30 June 2023
Saturday, 17 June 2023
Latihan Si Cilik
Entah kali ke berapa Si Cilik Qisya datang menjalani latihan di sini. Patrina nampaknya mengambil alih pengajaran hari ini. Lagu yang dilatih merupakan lagu-lagu pengantin dan silat bunga pengantin. Aku hanya pantau melalui gambar dan wassap sahaja. Mereka dah boleh handle sendiri. Alhamdulillah.
Tuesday, 13 June 2023
Kelab Angklung PPKI SMK SS17 (Sesi 2)
Bertemankan dengan Shaqila dan Syafiq kami meuju ke SMK SS17. Perjalanan memakan masa 30 minit sahaja dan kamitiba lebih awal dari yang dijangkakan. Terus membuat persiapan sebaik sahaja kami berada di dalam bengkel masakan PPKI. Cabaran mengajar murid-murid khas ini berlainan daripada sekolah biasa. Bagaimanalah cikgu-cikgu mereka handle mereka. Tabik spring kepada mereka semua. Alhamdulillah dapat juga diatasi kesukaran dan murid-murid dapat menggoyangkan angklung dengan baik tetapi masih belum betul. Angklung pun tidak mencukupi, lagu yang dimainkan agak sumbang sedikit. InsyaAllah dengan bantuan angklung kami nanti mereka dapat mainkan lagu dengan betul nanti. Usaha tangga kejayaan!
Saturday, 10 June 2023
Latihan Si Cilik
Hari ini Qisya dapat bersama-sama kami menjalni latihan di kabin. Kata Qila, budak ni dah pantas dan lebih baik ayunan angklungnya dari ahli tingkatan satu kami. Bagus!
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Sri Muda
Mesyuarat pada kali ini tidak melilbatkan murid-murid langsung dan tiada persembahan dari angklung juga for the 1st time. Namun pencapaian dibacakan oleh Pengetua dengan penuh bangga dan tertib. Terima kasih datuk !
Friday, 9 June 2023
Tautan Ukhwah : Datuk Nazilah & Muhammed Zaim
Majlis hari ini berlangsung berhampiran dengan rumah adik ipar aku di Jalan Sarkawi, Kelang. Gerbang Astana Event. Tiba di sana aku terus pakirkan kereta di hadapan rumahnya dan kemudian call Jenah untuk memaklumkan bahawa kami akan tumpang solat dan bersiap-siap di sana. Sewaktu kami solat Asar majlis pernikahan berlangsung. Selesai minum kami terus ke tempat majlis dan menikmati minum petang. Siap berpesan kepada mereka untuk makan lebih sikit oleh kerana waktu makan nanti akan lebih lewat dari biasa. Sempat juga membantu mereka repack semula goodies, katanya salah pek. Ada gunanya juga anak-anak angklung di majlis ni.
Berbincang dengan skuad bawa pedang atur cara majlis. Mereka nak buat terus potong kek. Maka lagi senanglah perjalanannya kerana tak perlu dua kali pergerakkan. Semuanya dikendalikan oleh skuad pedang mereka sendiri. Kami hanya handle selawat sahaja menggunakan audio sistem yang disediakan. Hari ini aku jadi DJ kawal pa system sementara Cikgu Izzakir kawal budak di luar dan Cikgu CT menjadi emcee. 8.30 malam majlis dimulakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, siap karaoke lagi anak-anak Datuk Nazilah di akhir majlis. Namun keriangan mereka terpaasa kami hentikan untuk kami bergegas pulang ke sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. memang lewat kami hari ini pulang ke sekolah.
Thursday, 8 June 2023
Keputusan SPM Kohort 2022/2023
Monday, 5 June 2023
e-Book
Dua buah buku yang mengandungi skor angklung beserta minus one. Selain melalui e-Sentral buku ini boleh juga di dapati/dibeli di laman sesawang ini :
1. Getaran Jiwa : 10 Lagu Popular
Saturday, 3 June 2023
Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023
3 Jun 2023. Menempa sejarah sekali lagi hari ini dengan menaiki LRT ke PWTC bersama-sama 11 orang ahli KAW Team dan Cikgu CT. Perjalanan ke stesen LRT Putra Height berjalan lancar dan setibanya di kaunter terus bertanyakan token ke PWTC. Mendapat penerangan yang sungguh panjang dari petugas. Kami perlu menukar LRT sebanyak dua kali di Ampang Jaya dan kemudian di Titiwangsa untuk sampai ke PWTC. Setelah membayar tambang untuk 13 orang penumpang kami dengan jayanya menuju platform untuk menaiki LRT.
Friday, 2 June 2023
Program Silang Budaya Malaysia Indonesia 2023
Program ini kami dapat sertai dengan bantuan penaung kami. Alhamdulillah 10 orang ahli KAW Team dan 2 orang guru dapat menyertainya. Puan Syima menyumbang RM 300 untuk perjalanan ke UPSI hari ini. Kami gunakan untuk belanja makan di sini. Sebaik tiba di Tanjung Malilm kami mencari kedai makan untuk bersarapan. Makan roti canai, nasi lemak dan teh tarik. 8.30 pagi bergerak ke Panggung Percubaan UPSI. Tak susah untuk mencari dewan ini. Ada kat depan jer, parking pun kosong.
Selesai mendaftar, kami duduk di tempat yang disediakan dan menanti untuk perasmian program. Simple sahaja majlis perasmiannya namun terpaksa menunggu dengan lama. Sebaik sahaja selesai perasmian kami bergambar dengan tetamu khas sebelum memulakan bengkel.
Bengkel pertama adalah bengkel bermain angklung. Mudah sahaja dengan menggunakan sistem yang diajarkan kepada kami. Ada 3 method yang digunakan iaitu yang pertama cara menggunakan partitur, cara kedua menggunakan simbol dan ketiga menggunakan aplikasi yang dicipta khas oleh pensyarah universiti Indonesia.
Selesai bermain angklung kami berehat untuk solat Jumaat untuk lelaki. Kami mengambil kesempatan ini untuk mencari makan tengahari. Budak-budak kata cari tempat lain, kutanya balik, tahu ke tempatnya. hahahaha......macamlah akuk ni terer kat tempat ni. Singgah kedai mamak semula untuk makan tengahari. Semua menu sama dan air pun sama. Senang kira. Kami solat dalam dewan sahaja, lelaki gi cari surau. Aku ngan CT jer solat yang lain katanya uzur. Yolah....
Jam 3 petang begkel tarian dimulakan. Tarian Jaipong....bagi aku agak sukar juga kerana lutut yang tidak mengizinkan pergerakkan yang lebih. Cuma sekadar goyang-goyangkan tangan sahaja. Cikgu CT pun sama. Budak-budak seperti biasa diawalnya terkangkang-kangkang...but in the end mereka dapat menarikan tarian tersebut mengikut cara yang diajarkan dengan betul.
Berangkat pulang jam 5.00 petang ke Shah Alam. Berhenti di RnR untuk dua orang anak KAW Team menunaikan solat Asar dan meneruskan perjalanan pulang setelah menempuh jem setibanya di Subang sehinggalah ke tol Seafield.