Saturday 3 June 2023

Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

3 Jun 2023. Menempa sejarah sekali lagi hari ini dengan menaiki LRT ke PWTC bersama-sama 11 orang ahli KAW Team dan Cikgu CT. Perjalanan ke stesen LRT Putra Height berjalan lancar dan setibanya di kaunter terus bertanyakan token ke PWTC. Mendapat penerangan yang sungguh panjang dari petugas. Kami perlu menukar LRT sebanyak dua kali di Ampang Jaya dan kemudian di Titiwangsa untuk sampai ke PWTC. Setelah membayar tambang untuk 13 orang penumpang kami dengan jayanya menuju platform untuk menaiki LRT.


Sesampai di stesen Ampang Jaya dengan megahnya kami turun....dan terus terpinga-pinga hendak tuju ke mana. Tumpang bertanya kepada salah seorang penumpang yang sedang menunggu tren, malangnya dia juga baharu di situ, maka kami menaiki tangga untuk mencari petugas sambil mencari kedai untuk membeli pelitup muka. Semuanya mamai, terlupa untuk memakai pelitup muka, hanya dapat tersengih sumbing apabila mendengar suara dari pembesar suara dalam tren....'.......diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam tren...bla..bla....' huh, rasa malu pun ada. Warga yang tidak menurut perintah! Alamak....


Sementara aku membeli pelitup muka, Cikgu CT ertanya kepada petugas......mak aiii, banyak prosesnya. Kami terpaksa berpatah balik ke stesen Masjid Jamek kerana transit hanya di situ sahaja. Sekiranya kami hendak juga keluar dari situ, maka kami kena membayar sekali lagi untuk naik tren ke destinasi seterusnya. Mahu tak mahu kami berpatah semula ke stesen tersebut. Melihat jam di tangan, terlewat dari masa yang dijanjikan dengan Pok Deng, Terus wassap dan memaklumkan pada Pok Deng situasi kami. Turun di stesen Masjid Jamek, sekali lagi kami terpinga apabila laluan naik ke platform ditutup. Ahhh.....rosak rupanya landasan. Kami terpaksa menaiki bas yang disediakan untuk ke stesen Bandaraya dan dari situ ke PWTC. Mencabar......naik bas la pulak kami. Dah le banyak barang kami bawa ni. Baharu nak try naik LRT dah diduga dengan pelbagai rintangan. Pengalaman.....Namun terdetik dalam hati kok dah 7 bulan landasan rosak sampai la tak siap-siap. Apa mereka buat ek? Bising mulut Cikgu CT membebel situasi yang berlaku........hahahahaha!



Sesampai di stesen Bandaraya kami menunggu tren ke PWTC. Alhamdulillah, walaupun memakan masa selama 2 jam setengah untuk sampai ke destinasi. Berbalah dengan Joannane arah ke PWTC...hahahaha. Berjalanlah kami beramai-ramai menuju lokasi Pok Deng di PWTC. Kami disambut dengan gembira oleh warga-warga di sana. Sarapan pun mereka dah sediakan. Alhamdulillah. Sebaik sahaja selesai makan kami bersiap-siap untu memulakan persembahan pertama selama 30 minit. Intro kata orang untu tarik crowd. Ayunan angklung kami diringi Sani Sudin Kopratasa. Sempat Cikgu CT membongak hal angklung semasa kami bermain di sana....apa-apa pun terbaiklah Cikgu CT.





Kami berehat sebentar pada jam 11.30 pagi untuk makan tengahari. Makan dan minum kami disumbangkan oleh para peniaga dari Kendera Saji. Alhamdulillah, moga rezeki mereka terbuka luas hendaknya. Selesai makan, kami menyambung semula persembahan selama satu jam. 19 buah lagu kami dendangkan dan kesemuanya lagu-lagu malarhijau sepeti Ayam Den Lapeh, Rindu Lukisan, Ibu, Cindai, Kuala Lumpur, Mustika dan lain-lain lagi. Bolehlah semua kalau nak tonton di Youtube TV Pujangga.




Sebelum kami beredar pulang oada jam 2.30 petang sempat kami merakamkan kenangan bersama-sama warga di Laman Santai. Menerima cenderamata dari mereka dan juga beberapa buah buku untuk diletakkan dalam Pusat Sumber sekolah. Mereka juga membacakan sajak dan puisi untuk kami. Terharunya. Terima kasih daun keladi...ada lagi jemput kami!!!

 




Bergerak pulang ... penatnya tuhan hanya yang tahu. Kami diduga lagi dalam perjalanan pulang. Kena naik bas ke stesen Masjid Jamek semula. Adeh.....couple depan nih, tahu ler awok dah sah, tak yah le berpelukan kat tengah orang ramai nak keluar dari stesen. Tengah padat nih. Sempat mulut aku membebel...dengar ke idak dek pasangan tu, entah ler...Cikgu CT pun menyahut, baharu kahwin kak......huhuhu. Sesampai di stesen mereka nak ke tandas, tapi tak leh masuk sebab tandas ada kat dalam. Konon beratur nak beli token kat kaunter, tapi nampak perlahan aturannya maka aku cuba beli kat mesin. Tak cukup RM2....adalah kakak belakang tu bantu. Terima kasih kak ya. Selesai ke tandas maka kami naik eskalator untuk ke platform namun terperanjat sekali lagi hala tuju tren ke stesen Hang Tuah. Cikgu CT merayau cari petugas nak bertanya...jumpa...tapi ramailah plak orang dok kerumun makhluk tu. Bertanyalah pada amoi yang tunggu kat tepi tu. Katanya memang sema kena naik tren tu then turun kat stesen Hang Tuah pastu tukat tren tuk ke Putra Height. Laa.....bukan ke tujuan tren tu leh terus ke Putra Height. Konpius kami....apa-apa pun kami follow amoi tu ....


Kami seberang paltform untuk menaiki tren ke Putra Height. Dalam perjalanan, sedar hentian tren ini tidak sama dengan tren yang kami naik pagi tadi. Cikgu CT sekali lagi membebel...kak, kot stesen Pura height ada dua ke? Hahahaha...aku pun jadi konpius sama....blind lead the blind. Rancangan dibuat, sekiranya stesen berbeza kami akan naik grab untuk amek kreta sementara budak-budak tunggu di stesen ni. Alhamdulillah, betul stesennya. Sampailah kami di sekolah pada jam 5 petang.







No comments:

Post a Comment