1 Disember 2019 aku berangkat ke Cairo untuk melaksanakan ziarah umrah selama 19 hari. Maka majlis hari ini telah kuserahkan kepada Cikgu CT dan Uncle Sam setelah semuanya kuaturkan. Alhamdulillah mendapat perkhabaran dari Mesir persembahan berjalan lancar malahan mendapat pujian daripada para tetamu yang hadir. Gambar-gambar dan video persembahan telah dikirimkan kepadaku oleh Cikgu CT dan kuuploadkan dalam FB kami. Baharu ini aku dapat membuat catatan dan hanya gambar yang akan menjelaskan perjalanan majlis tersebut. Kelainan yang ada di dalam persembahan ini adalah dari segi pakaian kami. Memakai baju Chef! Ini adalah kerana pengantin lelaki merupakan seorang chef yang bertugas di sebuah hotel yang terkemuka di sini. Terima kasih kepada Puan Zaitun dan suami kerana memberi kepercayaan kepada kami.
No comments:
Post a Comment