Sunday, 24 November 2019

The Stadthuys of Malacca

Ke Melaka di musim cuti sekolah menuju ke The Stadthuys of Malacca. Angklung akan bergema di dalam muzium ini pada hari ini. Setelah bersarapan pagi di perkarangan muzium kami masuk ke dalam muzium untuk membuat persiapan persembahan. Patrina hari ini ditugaskan untuk bermain secara solo sebagai latihan persediaan untuk dirinya nanti. Jam 10.50 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Bugih Lamo versi caklempong. Alhamdulillah permulaan yang baik dari anak-anak angklung.

 

 


Siswa-siswi dari UiTM Melaka mengadakan aktiviti di sini dan persembahan kami mendapat sambutan yang meriah dari mereka selain daripada pelancong-pelancong asing yang berkunjung di sini. Mereka turut serta mengambil bahagian dalam aktiviti persembahan kami.

  
Berehat seketika untuk menikmati makan tengahari dan kemudian memberi peluang kepada anak-anak angklung menjelajah pusat bandar. Berjanji dengan mereka untuk berada di dalam muzium semula pada jam 2.45 petang untuk memulakan sesi kedua pula. Petang sambutan agak kurang memberansangkan menurut maklumat petugas di sini. Namun kami tetap memberikan persembahan yang terbaik kepada para pengunjung yang ada.




Sebanyak 35 buah lagu telah kami dendnagkan di dalam muzium ini. Penutup persembahan kami memainkan lagu My Heart Will Go On di hadapan pintu masuk muzium dan kemudian berangkat pulang ke Shah Alam. Terima kasih kepada pihak muzium kerana menjemput kami moga di lain-lain aktiviti mereka akan menjemput kami lagi.


No comments:

Post a Comment