Menanti sahaja di seksyen 7 oleh kerana aku mengikuti kursus di siini seawal jam 9.00 pagi. Cikgu CT menguruskan anak-anak angklung dari sekolah hari ini. Jam 2.00 petang mereka semua berkumpul di tengah-tengah Laman Seni 7 menanti Encik Fahmi tiba untuk membuat persiapan. Sebaik sahaja beliau tiba kami memulakan persembahan dengan lagu Berjuta Batu yang dipopularkan oleh kumpulan Alleycats namun menggunakan rentak Felix AF. Menjadi juga skor aku kali ini setelah mengubahnya berkali-kali.
Setelah selesai memainkan 6 buah lagu kami berhenti untuk seketika memberi ruang kepada kumpulan dan artis lain membuat persembahan. Namun pada pukul 5.15 petang hujan lebat disertakan dengan kilat membuatkan persembahan terhenti untuk seketika. Sejam kami menanti dan Laman Seni 7 ini hampir banjir. Kami semua berkumpul di tengah tengah khemah yang telah disediakan. Anak-anak angklung diarah untuk mempertahankan angklung mereka daari kebasahan hujan. Hari ini kami tak banyak bergambar, lupa pula bawa kamera hari ini.
Alhamdulillah hujan reda pada pukul 6.15 petang. Sejam juga hujan rahmat ini mencuci dosa-dosa di bumi. Lantas aku menghantar pesanan kepada Encik Fahmi bertanyakan tentang persembahan seterusnya. Kata putus....persembahan kami berakhir. 6.45 petang acara akan berakhir maka kami mengemas alatan dan memeriahkan persembahan tarian kumpulan Aswara sebelum melangkah pulang ke sekolah. Terima kasih MBSA. Jangan serik jemput kami lagi ya.
Kebetulan, pada tarikh ini adalah Hari Angklung. Berbangga seketika!
No comments:
Post a Comment