Setelah membuat persiapan selama seminggu untuk acara ini, maka kami bertolak ke Masjid Sultan Salahuddin untuk menunaikan kewajipan sebelum ke Dataran Kemerdekaan untuk mendengar taklimat dan membuat rehearsal. Hujan lebat menyebabkan tertangguhnya reherasal, makanya hanya dapat membuat spacing dan laluan keluar dan masuk sahaja. Selepas menikmati makan malam kami menuju sekali lagi ke sini untuk bersedia dengan persembahan kami. Lagu yang kami bawa hari ini lagu cina yang bertajuk Tian Mi Mi.
Terdapat 15 pasukan yang akan membuat persembahan di laluan ini. Kumpulan kami yang ketujuh, di hadapan kami merupakan persembahan Tarian Singa dan kemudian diikuti dengan Gendang Serunai & Silat. Alhamdulillah persembahan kami berjalan lancar dengan bantuan dan sokongan Perintis Kelab dan Senior Kelab iaitu Aina dan Aida serta Ainaa Safiah dah Shikin. Terima kasih ya. Sebelum acara bermula kami mulakan acara kami dengan posing dengan para media. Siapa dia? Entahlah....aku pun turut join sama merakamkan aksi-aksi anak buahku ini.
Jam 10.30 malam kami beransur pulang. Datangnya tadi dengan 2 kali trip van tapi kepulangan kami hanya sehala sahaja disebabkan ada yang stay dengan ibu bapa di sini. maka ada ruang untuk memuatkan mereka dalam satu van sahaja. Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli KAW yang terlibat hari ini. Makanya selesai tugasan kita untuk tahun 2019 dan bermulanya pula tugasan baharu di tahun 2020.
No comments:
Post a Comment