Hari ini secara tidak sengaja tersangkut dengan program di atas bersama-sama dengan Cikgu CT Raxkina dan 4 orang anak-anak angklung. Jam 6.30 pagi bertolak ke sana dan singgah di Restoran mamak untuk menikmati sarapan pagi. Kemudian menuju ke sekolah dan terus mendaftar secara online di luar sekolah. Ini adalah kerana kehadiran kami di sini pada pagi ini adalah mengejut maka pendaftaran pun secara walkin sahaja. Setelah itu kami menuju ke sebuah bilik khas untuk membuat pembayaran dan mengambil sijil penyertaan. Berkumpul di padang dengan sebuah buku yang perlu ditukarkan dengan guru lain dalam program ini. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor iaitu Aminudin Shari. Program berjalan lancar, setelah merayau dan bergambar kami pun poolang ke sekolah. Gambar kami masuk dalam tweet MB!
Monday, 29 July 2019
Friday, 26 July 2019
Sesi Rakaman dan Fotografi untuk Buku Teks
Encik Azhar wakil syarikat untuk Dewan Bahasa dan Pustaka hadir bersama-sama dengan juru videonya Encik Kirin untuk merakamkan aksi-aksi kami secara live di dalam Bilik Gerakan. Mendapat kebenaran daripada Encik Mohd Din untuk menggunakannya setelah dewan sekolah telah dipenuhi dengan aktiviti murid-murid sesi pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun Puan Salasiah tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus di Cameron Highland. Kuhantar sekeping gambar untuk tatapan kepadanya.
Monday, 22 July 2019
Sesi Bergambar untuk Majalah
Isnin, 22 Julai 2019. Aku tidak dapat hadir ke sekolah oleh kerana sakit pinggang, makanya sesi bergambar hanya melibatkan Cikgu CT dan anak-anak angklung sesi pagi dan petang. Namun begitu hanya sesi pagi sahaja yang sempat cikgu CT rakamkan. Takpelah, kita bergambar lain kali sahajalah sekali lagi nanti ya.
Saturday, 20 July 2019
Hulu Selangor Ultra Trails 2019
Jemputan adhoc.....ke Kuala Kubu Bharu hari ini mencari Dewan Merdeka. Perjalana memakan masa 1 jam 30 minit. Sesampai sahaja di sana kami terus memenuhkan tembolok akmi terlebih dahulu....lapar kata budak-budak. Makan nasi ayam hari ini. Kesian ayam, tiada makan untuk mereka sebab nasi mereka kami dah makan.
Setelah itu kami ke dalam dewan untuk membuat persiapan dan kemudian minum coconut shake setelah menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek Ar-Rahimah.
Jam 4.00 petang kami memulakan persembahan secara santai kemudian diikuti dengan persembahan tarian berselang - seli. Para tetamu berpeluang juga memainkan angklung bersama-sama kami dengan lagu Hoore Hoore Samba dan Cabuk Cauk Bertali Rambai.
Setelah itu kami berehat sebentar untuk minum petang.....ke dinner? Menu petang ini, sandwich, sup cendawan dan roti, spagethi, dan buah-buahan. Air limau dan air teh. Normal....
Kami sambung semula selama 20 minit sebelum menutup tirai majlis pendaftaran dengan lagu Koo Kad.
Friday, 19 July 2019
HRC (Hirose) 28th Anniveary Annual Dinner : Batik Elegance
Mode cerita takde, namun sebab kena update blog kugagahi jua. Disebabkan nak bagi laluan kepada van aku sesat barat nak masuk ke Sunway Convention Centre. Bebudak akhirnya diturunkan dekat stesen minyak Petron oleh Haji Ismail dan kemudian berjalan sendiri ke sana. Aku masih berpusing-pusing mencari tempat khas yang disediakan untuk parking berhampiran pintu masuk dewan di CP3. Setelah melalui pelbagai rintangan termasuk kad tol aku jatuh kat stereng kereta , sampai aku juga akhirnya.
Uncle Sam terus membuat persiapan di dalam sementara aku cuba nak keluarkan kad aku tu, Namun tak berjaya dan akhirnya aku beralah masuk ke dalam dewan dan membantu membuat persiapan. Anak-anak angklung yang lain mengambil pakaian dan kemudian mula bersiap-siap. Sebuah bilik di belakang pentas di sediakan untuk kami membuat persiapan. Setelah bersiap kuarahkan semuanya untuk makan terlebih dahulu. Hari ini hanya ada 18 orang anak-anak angklung. Aidil sekali lagi lost in action.
Persembahan awal dimulakan pada jam 3.00 petang di lobi dewan dan kemudian beralih ke dalam dewan. Kami menyambut VIP masuk setelah tetuang ditiupkan sebagai tanda ketibaan para VIP. Lagu Mentera Semerah Padi hanya suku sahaja dapat kami mainkan. Setiap kali VIP naik dan turun ke pentas kami iringi dengan lagu A La Payung. Mudah dan sesuai.
Seterusnya, sewaktu penyampaian anugerah kepada staf-staf HRC yang cemerlang kami iringi majlis secara santai dengan lagu-lagu pelbagai. Majlis berakhir pada pukul 5.15 petang dan kesemua tetamu diberikan masa 40 minit untuk berehat seketika dan menunaikan solat Asar. Waktu ini kuarahkan anak-anak angklung untuk menukar persalinan mereka.
Sesi kedua bermula pada pukul 6.00 petang. Kami iringi para VIP dan kemudian menyampaikan lagu medley yang kami berikan tajuk Medley Hirose yang merangkami tiga buah lagu lama Jepun iaitu Ribaibaru, Subaru dan Sukiyaki. Persembahan kami berakhir di sini dan setelah berkemas kami pulang ke Shah Alam. Keluar sahaja dari Sunway....walawey.....jem!
Tuesday, 2 July 2019
HSBC Open House
Tawaf sekali dipersekitaran Stesen Sentral KL dibuat dek Waze ni kat jalan Tun Sambanthan. Then baharulah kami dapat masuk ke lobi Hotel St Regis. Uncle Sam sudah menanti kami di perkarangan lobi dan kemudian membawa kami ke tingkat 3 di Grand Ballroom hotel tersebut. Rehearsal dibuat dan diatur dengan begitu rapi oleh kami. Jam 5.00 petang kami ke Food Court di stesen untuk makan malam dan bergegas kembali ke hotel. Khabarnya kami perlu untuk membuat gimik pada jam 6.30 petang. Namun setelah sampai....rupa-rupanya false alarm. Adoyai......
Jam 8.30 malam kami memulakan persembahan dengan gimik lagu Selamat Hari Raya Chaca dan mengakhiri persembahan dengan lagu My Heart Will Go On. Persembahan berjalan lancar namun tidak sehebat hotel yang ada. Agak hambar persembahan kami kali ini oleh kerana p.a sistem kurang mantap. Ballroom sangat besar tetapi speaker adalah besar lidi....hahahaha.
Kami pooolang ke Shah Alam pada pukul 9.00 malam setelah selesai berkemas dan menikmati juadah yang ada di luar. Bye St Regis....kenangan yang kami tidak akan lupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)