Friday, 19 July 2019

HRC (Hirose) 28th Anniveary Annual Dinner : Batik Elegance

Mode cerita takde, namun sebab kena update blog kugagahi jua. Disebabkan nak bagi laluan kepada van aku sesat barat nak masuk ke Sunway Convention Centre. Bebudak akhirnya diturunkan dekat stesen minyak Petron oleh Haji Ismail dan kemudian berjalan sendiri ke sana. Aku masih berpusing-pusing mencari tempat khas yang disediakan untuk parking berhampiran pintu masuk dewan di CP3. Setelah melalui pelbagai rintangan termasuk kad tol aku jatuh kat stereng kereta , sampai aku juga akhirnya.


  

Uncle Sam terus membuat persiapan di dalam sementara aku cuba nak keluarkan kad aku tu, Namun tak berjaya dan akhirnya aku beralah masuk ke dalam dewan dan membantu membuat persiapan. Anak-anak angklung yang lain mengambil pakaian dan kemudian mula bersiap-siap. Sebuah bilik di belakang pentas di sediakan untuk kami membuat persiapan. Setelah bersiap kuarahkan semuanya untuk makan terlebih dahulu. Hari ini hanya ada 18 orang anak-anak angklung. Aidil sekali lagi lost in action.

  

Persembahan awal dimulakan pada jam 3.00 petang di lobi dewan dan kemudian beralih ke dalam dewan. Kami menyambut VIP masuk setelah tetuang ditiupkan sebagai tanda ketibaan para VIP. Lagu Mentera Semerah Padi hanya suku sahaja dapat kami mainkan. Setiap kali VIP naik dan turun ke pentas kami iringi dengan lagu A La Payung. Mudah dan sesuai.

  

Seterusnya, sewaktu penyampaian anugerah kepada staf-staf HRC yang cemerlang kami iringi majlis secara santai dengan lagu-lagu pelbagai. Majlis berakhir pada pukul 5.15 petang dan kesemua tetamu diberikan masa 40 minit untuk berehat seketika dan menunaikan solat Asar. Waktu ini kuarahkan anak-anak angklung untuk menukar persalinan mereka.

  

Sesi kedua bermula pada pukul 6.00 petang. Kami iringi para VIP dan kemudian menyampaikan lagu medley yang kami berikan tajuk Medley Hirose yang merangkami tiga buah lagu lama Jepun iaitu Ribaibaru, Subaru dan Sukiyaki. Persembahan kami berakhir di sini dan setelah berkemas kami pulang ke Shah Alam. Keluar sahaja dari Sunway....walawey.....jem!




No comments:

Post a Comment